Diari harian

Tuesday, March 22, 2011


Haaa...akhirnya planning asal telah bermula iaitu pegi ke Nilai....Kitorang bergerak dari rumah pukul 10.00 pagi dan biasalah makan pagi dulu....Banyak jugak ummie beli barangan kat Nilai tapi yang paling kelakar masa dia memilih untuk beli cenderamata untuk kawan-kawannya....Ummie kata dia malu jugak sebab kawan-kawan dia selalu bagi cenderamata kat dia andainya mereka bercuti-cuti Malaysia....Puas kitorang pusing satu Nilai nie cari barang yang dia nak dan akhirnya dia memilih untuk membeli sebiji mug yang bercorakkan bunga Inggeris tue.... Apatah namanya aku pun tak ingatlah....Memang vintage lah pilihan ummie....Kitorang balik dari Nilai pukul 5.00 petang.....huhuhu penat gilerrr....Malam tue ummie ajak aku pegi ke supermarket, nak beli barang-barang makanan junk food untuk dibawak bekal semasa nak balik esok....huhuhu kejap aje masa, tup-tup esok dah ummie aku nak balik......tapi takpe lain kali aku lak balik ganu dan mungkin akan cuti lama skit kot....

1 comment

  1. Dapat bayang rupa mug itu. Beri pada rakan cenderahati mug memang bagus sebab boleh gunakan.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧