Diari harian

Friday, May 20, 2011


Hurmmm...Bila komputer aku ini hendak siap diperbaiki? Letih rasanya menunggu.. Hendak buat kerja katalog buku server masih tidak elok lagi....Hendak susun buku di rak, semuanya sudah tersusun.... Hendak baca surat khabar,aku rasa sudah habis semua surat khabar aku baca... Akhir sekali, aku buat kerja yang membabitkan senarai Malaysia Standard... Itu lagi berfaedah buat aku sementara boss aku tiada di office....Bila aku tiba di rumah, aku terus bergegas ke dapur untuk menyiapkan makanan malam hubby....kasihan aku tengok hubby bila dia balik dari kerja, mesti dia penat.... Hari ini menu masakan aku adalah ikan kembung masak kicap,hubby memang suka makan dengan lauk itu....Aku pula makan ubi kentang rebus disalut dengan mayonis....hmmm sedap....Aku memang sudah biasa buat kentang rebus dengan mayonis,kalau tekak orang lain aku tidak pasti, tapi apa yang pasti aku memang suka dengan kegemaran aku itu.....Esok office aku akan meriah kerana esok adalah Hari Anggota Bomba Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya, anjuran Balai Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya... Banyak acara menarik akan diadakan antaranya pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak, pameran bomba dan sebagainya....Esok juga boss aku akan pulang dari Cameron Highlands.... Tapi mungkin aku tidak sempat menemui boss aku itu dan apa yang pasti aku tidak akan sempat pergi ke Alamanda Putrajaya bersama boss....

2 comments

  1. Tidak sempatkah buat aktiviti rutin iaitu pergi McD.
    Mesti meriah pameran dan ramai yang datang.

    ReplyDelete
  2. mcm sedap je kentang rebus dan mayonis..lapar pulak rasa

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧