Diari harian

Saturday, July 02, 2011


Assalamualaikum,
Hari ini adalah hari terakhir aku mengikuti kursus bahasa Jepun, sedih pula rasa di hati ini... Walaupun aku setiap hari terlambat untuk pergi ke kelas, tetapi sekurang-kurangnya aku telah hadir dengan jayanya kursus tersebut... Aku boleh belajar menyebut bahasa Jepun dengan menonton cerita Jepun, tak kisahlah cerita sailormoon ke, doraemon ke....Aku suka dengan watak Sailormoon ataupun Usagi kerana di sebalik sifat keanak-anakan Usagi, tersimpan satu perasaan belas kasihan pada semua orang, tidak kira tua atau muda...

Usagi mempunyai rakan-rakan yang sanggup bersusah payah dengannya, mempunyai seorang teman lelaki yang bukan sahaja sanggup menolongnya ketika susah tetapi sanggup menepis segala rintangan duka bersama-samanya....

2 comments

  1. lama tk tengok sailormoon....kenangan

    ReplyDelete
  2. Saya suka Chibi Maruko. Sikap cemerkap itu yang buat tertarik.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧