Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur aku pada Allah kerana diberi peluang sekali lagi untuk bernafas di bumi Nya... Cuaca hari ini hujan lebat dan aku tidak dapat untuk membasuh segala pakaian aku dan hubby...Aku cuma sempat membasuh baju kerja sahaja manakala baju basahan pula aku tidak sempat basuh... Aku fikir untuk membasuh pakaian tersebut pada malam ini dan jikalau cuaca cerah pada esok hari, aku akan pulang sekejap ke rumah untuk menjemur baju...Aku akan minta kebenaran dengan boss untuk pulang ke rumah... So hari ini aku tidak berbuat apa-apa kecuali melayari internet dan mengemas apa yang patut.... Sejak dua tiga hari ini, perut aku sentiasa meragam dan aku tidak tahu sebabnya...Mungkin perut aku hendak serasi semula setelah beberapa hari aku berhenti minum Jus Monavie....Sekarang ini aku tidak minum lagi jus itu sebab ianya tidak serasi dengan aku dan hubby....Hubby mengadu yang dia sentiasa lapar sejak dia minum jus itu dan sekarang kami beralih minum air madu....Hurmmm sedap betul rasanya dan aku dapat menghidu betapa manisnya madu....Malam ini movie di tv tidak menarik minat aku langsung dan aku mula menonton movie di dalam laptop aku, tajuk movie itu adalah 'Hello Brother'... Sebuah movie hindi lama lakonan Salman Khan, Rani Murkerjee, Arbaaz Khan. Aku download movie ini di dalam Youtube,hehehe.... sebenarnya aku ingin mencari movie yang diberi tajuk 'Sayang Anakku Sayang' lakonan Aziz M. Osman, Noor Azizah dan Zulkifli Zain yang mengisahkan sepasang suami isteri tinggal di kawasan perkampungan dan mempunyai lima orang anak. Kehidupan mereka agak perit kerana ingin menyara keluarga dengan berpendapatan tidak seberapa. Mereka tinggal berjiran dengan sebuah keluarga yang amat prihatin dan mencuba sedaya upaya mereka. Kematian kedua ibu bapa lima beradik itu telah membawa mereka tinggal bersama jirannya. Beban itu tidak terbawa oleh jirannya itu lalu bersetuju ingin memberi anak-anak itu kepada keluarga angkat tapi mereka berjaya melarikan diri masing-masing dari keluarga tersebut. Di kuala Lumpur mereka lima beradik telah diambil oleh jabatan kebajikan. Sebenarnya movie ini sudah lama diterbitkan dan ditayangkan ketika aku masih kecil lagi dan sememangnya movie ini dikategorikan sedih....
lama tak layan hindustan...dh tk amik perkembangan cerita hindi
ReplyDeleteTeringat cerita Sayang Anakku Sayang. Memang sedih.
ReplyDelete