Akhirnya komputer hubby siap diperbaiki dan semalam kami menonton movie yang yang dimasukkan di dalam komputer hubby... Hubby aku suka sangat bila dapat beli komputer dan kami tidak akan berebut komputer / laptop lagi selepas ini...Kami cuma akan berebut untuk menggunakan broadband sahaja, hehehehe... Rasanya seperti budak-budak saja sebab berebutkan sesuatu....Hubby mengajak aku untuk ke Seremban sebab hendak mencari monitor komputer...Dia mencari di dalam laman web mudah.com.my tetapi semuanya tidak memuaskan hati dia,kalau boleh dia hendak mencari monitor terpakai di sekitar kawasan Bandar Baru Salak Tinggi, Putrajaya, Dengkil dan Nilai sebab kami hanya mengetahui selok belok jalan itu sahaja... Yang lain-lain itu semuanya bergantung kepada GPS aku....Tadi,perut aku tidak selesa dan aku selalu berasa loya-loya...Entah mengapa...Aku tidak pasti sama ada aku ini pregnant atau tidak, tetapi harapan aku tentulah aku akan pregnant...Jikalau ini terjadi padaku, aku akan memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat...Aku harap besok tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku lagi, terasa penat pula badan aku ini... Esok sudah hari Khamis, dan tidak lama lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...Aku sudah tidak sabar untuk memulakan hari pertama puasa bersama-sama dengan hubby tercinta.... Aku memang seronok berpuasa dan aku teringat semasa aku kecil dahulu, puasa di zaman kecil aku sememangnya menyeronokkan... Ini kerana aku dapat memakai baju baru, dapat merasa kuih muih yang ummie buat, dapat mengecat rumah, dan dapat mengemas rumah lain daripada hari biasa.... Hari Raya di zaman kecil aku juga tidak dapat aku lupakan dan masa itu, kanak-kanak di zaman aku sentiasa menantikan Hari Raya Puasa, boleh dapat mengumpul duit raya banyak-banyak....hahahahaha.....Sekarang ini aku pula mengeluarkan duit untuk diberi kepada kanak-kanak yang datang beraya di rumah kami....
Saya memang suka bulan Ramadan. Betul suasana rasa lain ketika Ramadan.
ReplyDelete