Assalamualaikum,
Hari ini aku bernasib baik kerana cuaca hari ini cerah dan aku boleh membasuh pakaian aku dan hubby, tetapi apa yang paling penting pakaian kerja kami diutamakan... Menu masakan aku pada hari ini, aku membuat lauk ayam masak kuning dan kacang buncis goreng....hehe.. Yang sebenarnya aku masak untuk makan malam sebab hari ini aku dan hubby berpuasa ganti..Dan akhirnya kami dapat menghabiskan hutang puasa kami kerana lebih kurang seminggu lagi, kita akan berpuasa di bulan Ramadhan... Al-Hamdulillah syukur aku kepada Allah kerana dapat menyelesaikan hutang puasa aku.... Sebagai mana biasa, rutin seharian aku berjalan seperti biasa dan hubby pula?!! Sejak semalam lagi dia terperap di dalam bilik untuk memuat turun software komputer ke dalam komputer dia dan sesekali dia menjerit memanggil aku untuk menolong dia memuat turun atau menterjemahkan semula bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan terangkan apa kelebihan software kepada dia... Maklumlah aku ini pembantu peribadi dia dan semestinya aku lah yang akan menterjemahkan untuk dia lantaran hubby tidak berpengetahuan luas dalam bidang bahasa Inggeris... Aku menjadi penat berlari disebabkan hubby memanggil aku untuk menolong dia walhal aku membuat kerja aku di bilik stor untuk mengemas sedikit.... Disebabkan letih berpuasa, akhirnya hubby tidak lagi menjerit dan dia tertidur bila menunggu software dimuat turun terlalu mengambil masa yang lama...Aku pun agak kepenatan sehingga aku pun tertidur di sisi hubby dan kami terbangun pada pukul 3.50 petang.... Aku yang sudah siap memasak lauk dan sekarang aku cuma perlu memasak nasi dan kacang buncis untuk digoreng sahaja, lepas itu aku membuat air sarsi untuk hidangan makan malam kami....
Kalau puasa memang rasa hendak tidur.
ReplyDelete