Diari harian

Tuesday, July 19, 2011


Assalamualaikum,
Senggugut aku semakin teruk pada hari ini dan tadi aku pergi ke klinik kerajaan untuk mengambil ubat yang mempunyai dos tinggi untuk mengurangkan sakit senggugut aku... Nasib baik hubby sanggup untuk menghantar aku ke klinik kesihatan Salak di Pekan Salak Lama... Dan nasib aku baik pada hari ini kerana orang tidak terlalu ramai dan hanya lebih kurang sejam sahaja aku berada di klinik berkenaan...Doktor yang memeriksa aku mengatakan aku perlu disuntik bagi mengurangkan kesakitan senggugut aku dan aku bersetuju sahaja lantaran aku tidak tahan menahan kesakitan...Nurse yang bertugas terus membuat suntikan pada diriku dan doktor berkenaan memberi aku MC untuk hari ini...Setelah mengambil ubat di farmasi,aku dan hubby terus pulang ke rumah dan aku mula bersarapan roti bersama-sama dengan hubby...Kemudian aku berasa amat mengantuk dan hubby setia menemani aku tidur sehingga dia pun turut tertidur.... Kemudian aku tersedar pada pukul 4 petang dan aku mendapati hubby aku masih tidur dan aku kejutkan dia bangun untuk pergi kerja...Kasihan hubby kerana terpaksa pergi kerja semula dan aku memesan pada hubby supaya membeli makanan lantaran aku tidak larat untuk memasak...Kemudian hubby pulang dengan membawa makanan dan aku baru teringat yang hari ini ada pasar malam di medan selera Bandar Baru Salak Tinggi...Tentu hubby aku membeli makanan di sana,dia membeli nasi ambang,nasi ayam dan roti John untuk santapan kami...Al-Hamdulillah setelah aku menerima suntikan pagi tadi, aku sudah tidak mengalami senggugut lagi dan aku bersyukur kepada Allah...Esok aku akan mulakan tugas aku dan aku harap esok aku akan sihat seperti sediakala....

1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧