Hari Jumaat... Penghulu segala hari... Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati udara dan bernafas di bumi Allah... Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja kerana mulai minggu depan aku akan pergi bercuti dengan hubby tercinta di Cameron Highlands.... Nanti aku akan upload gambar kami bila tiba di sana.... Aku harap esok cuaca akan menjadi cerah kerana aku ingin membasuh semua pakaian aku dan hubby sebelum kami berangkat ke Cameron Highlands... Manakala cuaca pada hari ini agak cerah dan selesa sekali dan aku harap cuaca akan baik seperti hari ini... Tadi rakan-rakan office aku berpesan untuk belikan jagung mutiara untuk mereka kerana jagung mutiara dikatakan amat sedap sekali... Insya Allah aku akan belikan untuk rakan-rakan aku dan aku pun ingin membeli sedikit cenderahati buat mereka... Tadi aku keluarkan duit dari peti simpanan aku yang memang sengaja aku simpan untuk membuat perbelanjaan di sana... nasib baik aku sudah menempah bilik di rumah peranginan persekutuan Cameron Highlands kerana Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri ada menyediakan kemudahan rumah peranginan persekutuan untuk kakitangan kerajaan...Harga rumah ini agak berpatutan untuk semua kakitangan... Kalau kamu semua mahu tahu tentang lanjutan rumah persekutuan ini, layari laman web seperti berikut :-
Rumah Peranginan Persekutuan
Baik Shikin peruntukan duit untuk beli cenderamata.
ReplyDelete