Assalamualaikum... Suasana pagi di Cameron Highlands sememangnya sejuk menggeletar sampai ke tulang sehingga menyebabkan aku terpaksa mandi air panas sekali lagi bagi mengurangkan rasa sejuk di badan aku...Hubby pun begitu juga sehingga dia terpaksa memakai baju sejuk...Acara pada pagi kami adalah pergi ke gerai makanan untuk sarapan pagi... Dan menu pada pagi ini adalah nasi lemak ayam berempah...Kemudian kami ke taman rama-rama untuk melihat pelbagai jenis rama-rama yang terdapat di Cameron Highlands...Lepas tengok rama-rama kami ke ladang teh Cameron Valley dan kami membeli pelbagai jenis teh berperisa untuk dibawa balik ke Sepang...hehehe memang seronok sekali sehingga kami tidak sedar petang menjelma...Kemudian kami bergerak ke Tanah Rata untuk menikmati makan malam dan aku tertarik dengan menu minuman yang terdapat di gerai makanan..Air jus strawberi... yumm...yumm...Aku pun mencuba jus tersebut dan rasanya wowwww.... memang sedap dan hubby berebut dengan aku untuk minum jus strawberi sebab dia cuma pesan teh ais saja.....Kemudian kami pulang ke rumah penginapan kerana penat sudah menguasai badan kami dan suasana malam di Cameron Highlands amat sejuk sekali...Tentu kamu semua hairan kenapa aku boleh mengemaskini blog aku ini kan... sebenarnya aku dapat wi-fi percuma di sini dan sebab itulah aku dapat mengemaskini blog dan gambar untuk tatapan kamu semua... hehehe itulah bagusnya...Okay, ini adalah gambar untuk tatapan hari ini.... Enjoy it !
Adik beli teh yang sedap di CH. Pandai dia pilih.
ReplyDelete