Assalamualaikum... Yehaaaaa....Esok kita akan bermula puasa....Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada hubby, keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan semua umat Islam di seluruh dunia... Semoga kita mendapat keberkatan dari bulan yang mulia ini... Hari ini cuaca agak cerah dan segar bagaikan gembira menyambut kedatangan Ramadhan... Aku dapat membasuh semua pakaian aku dan hubby dan bermula pada malam ini kami akan makan sahur untuk puasa pada esoknya...Dalam fikiran aku terputar banyak benda yang perlu difikirkan...Oh ya! Ummie telah menelefon aku sebentar tadi dan ummie berkata yang abah sudah setuju untuk membuat majlis perkahwinan kedua-dua adik aku...Nampaknya aku perlu mengurangkan waktu cuti raya aku dan aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar...Hubby pun sudah mengambil cuti raya dan dia harap yang permohonan dia akan dapat cuti...Esok aku akan bangun pada pukul 4 pagi untuk memasak makanan sahur...Aku berasa amat seronok sekali kerana bulan Ramadhan telah tiba akhirnya dan yang seronok adalah ini adalah tahun kedua aku beraya di rumah baru..hehehe...Esok genap satu tahun dan lima bulan aku tinggal di rumah baru dan rumah sendiri tanpa membayar sewa..Aku cuma membayar hutang rumah dengan kerajaan selama 25 tahun...Walaupun aku berhutang tetapi sekurang-kurangnya rumah itu adalah milik aku...Aku bersyukur dengan kurniaan Allah... Oh ya! Tanggal 12hb Ogos ini adalah hari kelahiran aku dan tanggal 25hb Ogos ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku...Wah! Tahun ini kesemua tarikh penting ini berlaku di dalam bulan yang mulia...hehehe itu tidak menjadi soal..apa yang penting, kamu semua doa akan kesejahteraan kami berdua dan berkat kami akan mendapat zuriat yang akan diamanahkan kepada kami kelak...Di sini aku ingin berkongsi sebahagian hadis Rasulullah SAW tentang puasa...Sama-samalah kita menghayatinya... Aku juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia...
Hadis-Hadis Sahih Rasulullah SAW
1. Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.
( Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)
2. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
( Hadis Riwayat Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi )
3. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
( Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)
4. Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (Hadis Riwayat Tirmidzi)
5. Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ‘Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.’
( Hadis Riwayat Bukhari)
6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’
( Hadis Riwayat Muslim)
7. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’
( Hadis Riwayat Bukhari)
8. Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)
9. Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: ‘Puasa dan Al Qur’an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Dan Al Qur’an pun berkata, ‘Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Lalu syafaat keduanya diterima Allah.’ ( Hadis Riwayat Ahmad)
10. Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya :-
1) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2) Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3) Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
4) Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5) Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’
( Hadis Riwayat Ahmad )
11. Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.’
( Hadis Riwayat Ahmad)
12. Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.
( Hadis Riwayat Ahmad )
13. Sabda Rasulullah SAW.; ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’
( Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud dan Tirmidzi )
14. Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’
( Hadis Riwayat Al Baihaqi )
15. Rasululah SAW bersabda; ‘Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.’ ( Sahih Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Akhirnya saya tahu bila tarikh lahir Shikin. Setelah lama baca jurnal Shikin.
ReplyDeleteSelamat datang Ogos :)