Diari harian

Friday, July 08, 2011


Assalamualaikum,
Yehaaa... Komputer di office aku sudah diperbaiki dan aku mendapat sebuah lagi komputer yang baru.... Bolehlah aku membuat kerja-kerja terbengkalai sekian lama, tetapi masalah telah bertambah kerana data-data sistem library tidak dikemaskini dan tidak di back up.....hmmm tak mengapa, aku akan sedia berkhidmat untuk jabatan dan negara...Aku amat sukakan kerja aku sebagai pustakawan dan aku sememangnya gemar membaca...Hanya 3 bulan lagi aku akan berkhidmat untuk masyarakat untuk 9 tahun...Sekejap masa sudah berlalu dan sudah agak lama aku berkhidmat untuk masyarakat... Memang seronok dengan pekerjaan ini dan aku amat bersyukur kerana Allah memberi rezeki yang murah kepada aku untuk dinikmati... Aku bersyukur kerana aku dapat mengharungi segala rintangan hidup kerana aku percaya yang suatu hari nanti aku dapat keredhaan dari Allah... Bak motto Jabatan Bomba Dan Penyelamat, 'BERKHIDMAT KERANA ALLAH'....Hari yang indah ini amat segar sekali dan aku berasa amat bersyukur kerana dapat bernafas lagi di bumi Allah ini... Terima kasih Ya Allah...ooo..Cuaca? Agak baik hari ini dan aku harap ianya dapat dikekalkan sehingga hari Sabtu ini...Kerja aku, macam biasalah rutin mingguan aku...

1 comment

  1. Alhamdulillah atas segala-galanya, pekerjaan yang baik. Akhirnya komputer sudah dibaiki. Lepas itu dapat komputer baru.
    Doakan saya dapat pekerjaan yang saya sukai.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧