Diari harian

Saturday, September 24, 2011

Aku ingin memohon maaf kepada rakan dan jiran aku kerana tidak dapat menghadiri majlis jamuan raya pada hari ini kerana aku dan hubby mendapat khabar sedih iaitu ibu saudara hubby telah meninggal dunia pada hari ini... Dalam pukul 2.30 petang, kami telah bersiap-siap untuk ke majlis jamuan raya tetapi kami mendapat panggilan telefon dari ibu mertua aku yang mengatakan ibu saudara hubby telah meninggal dunia... Kami pun tidak pasti apakah punca kematian dia... Aku harap kita semua sedekahkan Surah Al-Fatihah untuk arwah ibu saudara kami, semoga roh arwah akan dicucuri rahmat... Nasib baik aku sudah membasuh semua pakaian kami dan nasib baik cuaca hari ini agak baik dan panas untuk mengeringkan pakaian kami... Pagi tadi hubby telah pergi ke bengkel kereta untuk memperbaiki kereta kami yang ada mengalami sedikit kerosakan.. Aku harap bulan November nanti, tiada apa yang serius akan berlaku semasa kami mahu pulang ke kampung... Tadi aku telefon ummie untuk bertanya khabar... Aku jangka ummie aku juga akan mengalami demam selesema dan apa yang aku jangka memang tepat dengan sasaran... Ummie aku mengalami demam selesema, berjangkit dengan aku kerana baru-baru ini aku mengalami sakit demam dan selesema... Kasihan aku mendengar bila ummie sakit tetapi apa boleh aku buat selain mendoa kesejahteraan ummie dan berdoa agar ummie cepat sembuh dari segala penyakit...



Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧