Diari harian

Tuesday, October 11, 2011



Assalamualaikum,
Petang tadi semasa aku balik dari kerja, aku singgah sebentar di pasar malam berderkatan dengan rumah aku...Niat di hati ingin membeli ikan dan ayam, tetapi apabila melihat semua ikan tidak segar, aku membuat keputusan untuk membeli ayam sahaja.... Tetapi aku amat terkejut kerana harga ayam telah naik dan aku sangka yang harga seekor ayam cuma RM15 atau lebih tetapi hari ini aku mendapati harga seekor ayam telah mencecah rm20 atau lebih... Ini bermakna harga seekor ayam telah naik satu kali ganda dari harga asal... Selepas itu aku membeli makanan kegemaran hubby iaitu nasi ambeng manakala aku pula membeli pizza yang secara kebetulan gerai pizza dibuka... Hari ini aku hendak bercerita tentang tempat bertugas yang kedua selepas Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia, di bahagian bidang yang sama iaitu kepustakawanan..


KOLEJ KOMUNITI

Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

SEJARAH PENUBUHAN

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam RMK 9.

Kini Kolej Komuniti berada di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan mempunyai matlamat yang sama seperti di awal penubuhannya. Sebagai salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia, peranan Kolej Komuniti telah diperluaskan. Kolej Komuniti telah ditubuhkan dengan lebih banyak di serata negara, khusus untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik.

PERANAN

Kolej Komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek.

Lepasan Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain.

KAEDAH DIPLOMA

Program Diploma Kolej Komuniti
Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada lulusan Kolej Komuniti melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaian akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil. Program ini juga dilaksanakan secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Komuniti pada 2 Februari 2007.

Program ini dilaksana berasaskan konsep Work-Based Learning. Tempoh program Diploma ini adalah minimum 3 semester dan maksimum 6 semester. Pelajar dikehendaki menjalani latihan di syarikat selama 2 semester dalam bentuk teori dan praktikal atau secara Work-Based Learning dan selama 1 semester lagi di Kolej Komuniti.
Konsep Program Diploma Kolej Komuniti

Program ini melibatkan kerjasama Sektor Pengurusan Kolej Komuniti (bersama Kolej-Kolej Komuniti) dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini merangkumi aspek pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum (penyampaian pengajaran dan pembelajaran) secara kolaboratif di Kolej Komuniti dan juga di tempat kerja.
Konsep Pembelajaran Berasaskan Kerja

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) merupakan salah satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Pendekatan ini melibatkan kerjasama antara Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, Kolej-Kolej Komuniti dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini mengambil kira aspek-aspek penting yang terlibat dalam sesuatu sistem pendidikan iaitu pembangunan kurikulum, penyampaian pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran serta peperiksaan. Pendekatan ini memastikan supaya pengetahuan, kemahiran dan juga sikap yang positif dapat diterap ke dalam diri pelajar dengan lebih berkesan.

Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan peringkat antarabangsa sebagai contoh, Washington State University mendefinisikan WBL sebagai pengalaman pembelajaran di mana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di institusi dan di industri adalah berkaitan dengan apa yang diperlukan di alam kerja sebenar. WBL juga menekankan aktiviti-aktiviti dan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar-pelajar membangun dan memenuhi perancangan kerjaya dan pendidikan individu.


KAEDAH SIJIL

Program Sijil Kolej Komuniti
Program ini memberi peluang kepada lulusan SPM atau SPMV menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Konsep pembelajaran dan penilaian Kolej Komuniti adalah berbeza dengan kebanyakan IPT tempatan kerana memberikan lebih penekanan kepada praktikal (skill) berbanding teori semata-mata. Pengajian pada peringkat sijil mengambil masa sekurang-kurangnya selama 4 semester (2 tahun) termasuk 1 semester Latihan Industri.

KELAYAKAN MASUK

1) Warganegara Malaysia dan lulus peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
2) Kelayakan lain yang setaraf boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3) Calon-calon dari kalangan penduduk setempat akan diberi keutamaan.
4) Untuk program Diploma, hanya lulusan dari Sijil Kolej Komuniti sahaja layak memohon

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Diploma Teknologi Automotif
Sijil Automotif
Diploma Teknologi Elektrik
Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan & Perkhidmatan)
Diploma Teknologi Komputer
Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
Sijil Teknologi Maklumat
Diploma Hotel dan Katering
Sijil Hotel dan Katering
Diploma Fesyen dan Pakaian
Sijil Fesyen dan Pakaian
Diploma Teknologi Senibina
Sijil Pelukis Pelan Senibina
Diploma Teknologi Pengiklanan
Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
Diploma Pengurusan & Penyelenggaran Fasiliti
Sijil Penyenggaraan Bangunan
Sijil Penyejukan & Penyamanan Udara
Diploma Teknologi Pemprosesan Makanan
Sijil Pemprosesan Makanan & Kawalan Mutu Makanan
Diploma Pelancongan & Pengembaraan
Sijil Pelancongan & Pengembaraan
Diploma Perakaunan Perniagaan
Sijil Perakaunan Perniagaan


VISI DAN MISI

Visi
“Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi
“Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan”

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang teknologi, busines dan industri perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungawab selari dengan falsafah pendidikan negara


MOTO
“Peneraju Komuniti Berilmu & Berkemahiran”

Mewujudkan peluang membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan diri bagi pelajar lepas menengah dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan


4 comments

  1. Thanks for the lovely blog. It helped me a lot. I'm glad I found this blog. Thanks for sharing with us, I too am always learning something new from your post.


    Java Training in Chennai

    Java Course in Chennai

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧