Assalamualaikum,
Satu lagi berita mengejutkan aku, anak kucing aku yang kedua telah mati pada pagi tadi dan namanya ialah Abu... Alangkah sedihnya hati aku ini kerana mereka semua telah mati... Kasihan aku melihat Si Cotek kerana sewaktu aku balik dari kerja, aku melihat hubby sedang menanam Abu dan aku melihat Si Cotek iaitu anak kucing ketiga aku sedang termenung,melihat adiknya ditanam... Lantas aku mengambil dan mendukung dia dan aku melihat dia sedang mengalirkan airmata,mungkin dia memahami dan sedih bila melihat adik-adik telah pergi meninggalkan dia seekor diri... Manakala ibunya iaitu Si Kecik asyik mengiau sahaja kerana mencari anaknya yang hilang..... Kemudian aku terus meletakkan Si Cotek di dalam sangkar dan hati aku telah terdetik mungkin Si Cotek akan mengikut jejak langkah adik-adik dia.... Hati aku terasa hiba dan sedih bila melihat dia menangis...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧