Resipi Ayam Masak Kicap

Saturday, February 15, 2014

Assalamualaikum,
Yea saya tahu awak semua memang sudah tahu resipi ini, tapi yang saya masak ini agak berlainan sedikit, sebab memang tidak apa-apa rempah yang saya masukkan. Jadi gambar yang awak semua nampak ini cuma gambar contoh sahaja, tapi ianya memang lebih kurang sama apa yang saya masak. Bahan-bahannya terlalu senang sekali... Sharing is caring, hehehehe....

Sumber gambar : Google Images

 Bahan-Bahan :
Setengah ekor ayam (boleh dipotong mengikut selera awak)
Dua gelas air 
Sedikit minyak (supaya ayam tidak melekat di kuali)
Kicap manis Cap Kipas Udang (ikut suka awak mahu pakai kicap apa tapi saya memang sedap guna kicap ini)

Cara Masak :
Panaskan minyak ke dalam kuali dan apabila minyak dipanaskan, masukkan ayam sedikit demi sedikit dan kacau dengan rata bagi mengelakkan ayam ini melekat di kuali. Kemudian masukkan kicap manis Cap Kipas Udang dan kacau rata. Setelah itu, masukkan air dan renehkan dalam keadaan api yang sederhana. Ayam ini perlu dikacau selalu bagi meratakan kicap. Setelah kicap hampir kering, angkat ayam ini ke dalam mangkuk. Selamat mencuba.

hehehehehe mudah sahaja bukan...Saya selalu masak ayam masak kicap ini dan memang keluarga menyukai masakan yang memang ringkas seringkasnya.. Oh ya! mesti awak semua hairan dan pelik kenapa saya tidak letak apa-apa perasa... Yang sebenarnya, kicap manis itu sememangnya sudah cukup lengkap perasanya, baik dari segi manis, masam, masin dan sebab itu saya tidak letak apa-apa perasa...Oh ya! Sama macam bawang besar dan sebagainya, tapi ikut selera masing-masing... hehehe.. Kadang-kadang jika saya masak nasi ayam, pasti ayam masak kicap ini adalah hidangan wajib ada...


Jaa mata nee

2 comments

  1. Kelihatannya sedap
    Terima kasih atas resepnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama... awak try la buat, tapi kalu tak sedap, maafkan saya...

      Delete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧