Nukilan di hari Khamis

Thursday, October 16, 2014


 
Selamat sejahtera di hari Khamis, diharap semuanya sihat-sihatlah hendaknya... Al-Hamdulillah syukur pada Allah kerana kita suma masih diberi peluang untuk bernafas dan diberi kenikmatan yang cukup banyak kepada kita suma... Apa yea berita yang menarik hari nie? Sekarang nie mesti musim exam kepada adik-adik/anak-anak kita, kan...Hanya tinggal 2 bulan lagi sesi persekolahan akan tamat dan akan bermula episod sesi yang baru.... Saya teringat masa di zaman persekolahan dulu, masa cuti sekolah lah yang ditunggu-tunggu sebab dapat cuti panjang, tapi bila cikgu berikan keja rumah untuk dibuat, saya cepat-cepat habiskan buat pada minggu pertama cuti, sebabnya hari lain, taknak berserabut otak nak buat keja rumah, tapi cuti akhir tahun yang paling best sebab takkan ada keja sekolah, hehehehe... Kalu time hari biasa, saya lebih suka buat keja rumah pada waktu malam sampai ke pagi, ditemani oleh radio dan kaset lagu...Saya tak suka buat keja rumah di waktu petang sebabnya suasana yang bising dengan hiruk pikuk suara adik-adik saya...

Bila dikenangkan zaman tue, terasa ingin kembali semula di alam persekolahan, hehehe...mesti awak suma berasa begitu kan, pelik yea... Masa di zaman kecik, kita tak sabar untuk menjadi dewasa sebab nak pegang duit sendiri, tapi bila kita dah dewasa, kita terasa ingin kembali di zaman kanak-kanak sebab kita tak payah nak fikir tentang masalah kehidupan... Sebenarnya kenangan-kenangan itulah yang mematangkan kehidupan kita dan mendewasakan kita...Setiap zaman yang kita lalui, mesti ada dugaan yang tersendiri dan sampai sekarang kita masih mencari jalan untuk menyelesaikan dugaan itu, dan itulah gunanya akal, betul tak? Kenangan suka dan duka yang kita alami tue adalah menjadi rencah hidup dan kadang-kadang boleh dijadikan panduan semasa kita mendidik anak-anak kita... Mungkin ada anak-anak kita yang akan melakukan apa yang kita penah lakukan dulu dan kita dah tahu akan akibatnya, maka dengan pengalaman yang lepas tue yang akan menjadi bimbingan dan panduan kita untuk mendidik mereka.... hihihi dah macam sesi kaunseling pulak kan, saya cuma cakap apa yang terlintas di fikiran dan mengikut logik akal, betul ke tak wallahuallam...

Well, kita tinggalkan kejap pasal zaman kanak-kanak riang kita, berbalik pada realiti yang sebenar.. Pembentangan bajet 2015 sudah berlalu jadi apa perancangan awak seterusnya? Mesti sekarang nie tengah kecoh pasal pemberian bonus dan sudah pasti ada yang tidak berpuas hati dengan pemberian bonus tue...Saya takdelah nak komen apa-apa cuma bersyukur atas apa yang telah diberikan, jika takde bonus pun, nak buat camne kan... Kadang-kadang saya jadi pelik bila isu bonus dijadikan viral dan perbincangan semasa, dan macam biasalah ada yang setuju dan ada yang tak setuju, kadangkala ianya menjadi pergaduhan maya di laman sosial, yang paling menjadi batu api bila 'keyboard warrior' mula masuk campur....Naik pening saya baca status masing-masing dan sebab tue jugak saya jarang nak bukak fesbuk lagi, lagi menambahkan dosa adalah...huhuhu...

Okeylah, Insha Allah nanti kita jumpa lagi yea....Fi Amanillah...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧