So,
dengar-dengar citer daripada facebook malam nie akan berlaku gerhana
bulan penuh, jadi marilah sama-sama kita melakukan solat sunat
gerhana bulan sama-sama.. Serentak dengan itu, kebanyakan
masjid-masjid di seluruh negara akan melakukan solat sunat gerhana..
Tapi macamana nak tengok gerhana bulan yea sebab cuaca hari nie pun
mendung aje, aircond kat opis pun sejuk bukan main...Saya memang suka
suasana sejuk dan mendung nie berbanding dengan cuaca panas, tapi
cuaca panas tetap sahabat baik saya, bak kata Puspawangi dalam citer
“Musang Berjanggut” tue, “Panas sahabat baik manusia, panaslah
yang menyegarkan badan, dan panas jugaklah yang menghidupkan
tumbuh-tumbuhan. Kalu takde panas hamba akan mati, dan Tengku takkan
boleh hidup. Jadi jangan takut pada panas!”
Penat
betul rasanya mata nie, jenuh jugak nak mencari artikel yang menarik
untuk dimasukkan di dalam blog library JBPM, salah satu tugas hakiki
saya.. Dari satu majalah ke majalah yang lain, dari satu paper kepada
paper yang lain dan dari website ke website yang lain, sampai naik
juling bijik mata nie... Hehehe apapun, tugas tetap tugas dan saya
memang sayangkan tugas saya... Yealah, memang kita akan akui
kadang-kadang kehidupan kita akan membuatkan kita terasa letih tapi
itulah lumrah kehidupan seorang manusia...Daripada sejak lahir
sampailah ke liang lahad, kita takkan berhenti daripada menghadapi
dugaan demi dugaan, cuma atas kemampuan kita saja untuk mengatasi
dugaan tersebut... Saya jadi pelik jugak dengan manusia sekarang nie,
mudah sangat berputus asa dengan dugaan hidup, nie baru dugaan di
dunia, macamana agaknya dugaan kita semasa di Padang Masyhar nanti,
yea? Ya Allah, terasa macam kerdil sangat diri ini bila mengenangkan
suma tue... Suma orang ada masalah masing-masing, samada masalah yang
sekecik-keciknya dan masalah sebesar-besarnya... Saya pun tak
terkecuali lah mempunyai masalah, dan Insha Allah saya akan mengatasi
suma dugaan dan cabaran hidup nie... Kalu kita takde buah fikiran
untuk selesaikan masalah, mintaklah dengan Allah sebab hanya Allah
saja yang dapat memberi sedikit ilham kepada kita suma... hehehe kan
dah merepek saya nie.... harap-harap ianya tak mengganggu konsentrasi
awak suma... Well, saya taknak sentuh bab-bab isu semasa sebab kalu
sentuh isu semasa, mesti ada kontra positif dan negatif... Isu minyak
naik or whatever else memang tak menarik minat saya untuk kupaskan
suma tue, sebab bagi saya, tak guna jugak kalu dikupas-kupas jadi
lunyai sekalipun, perkara yang kita tak suka pasti akan berlaku
jugak....
Hehehe
sorilah kalu saya mula merepek dalam entri kali nie, bukannya apa,
naik pinar mata saya bila baca macam-macam komen kat dalam laman
sosial nie, dan sebenarnya saya memang menyampah sangat-sangat dengan
komen negatif tanpa ada kata-kata membina... Nak komen negatif tue
memang boleh tapi alangkah moleknya jika lepas dia memberi komen
negatif terus diberikan kata-kata semangat yang membina sebab
kehidupan kita memang ada kontra dan persamaan... Ada yang baik dan
ada yang jahat, ada yang positif dan ada yang negatif... Satu lagi
yang saya perasan, bisnes online, lebih-lebih lagi yang nak mencari
upline, nak 'sharing' etc.... Selalu sangat saya dapat kritikan yang
agak pedas dan mengguris perasaan, sebagai contohlah, saya nie
dikategorikan sebagai wanita obesiti dan adalah seorang hamba Allah
yang beronline dengan saya, mempromosikan barang-barang kecantikan
dan kelangsingan badan... Bila saya mengatakan yang saya tak mahu
dengan barang-barang tersebut, mulalah dia mengata saya yang
bukan-bukan, mencampur aduk dengan kehidupan peribadi saya sedangkan
dia tak tahu perkara yang sebenar... Mula mempersoalkan tentang
rezeki saya yang Allah dah berikan pada saya, dan macam-macam lagi...
Memang betul rezeki 9 daripada 10 adalah daripada perniagaan, tapi
apa-apa pekerjaan kita lakukan nie adalah perniagaaan jugak... Contoh
saya nie di dalam bidang perpustakaan, saya pun berniaga jugak dengan
cara berniaga guna tenaga dan pemikiran, macam awak suma nak sesuatu
bahan rujukan, dan awak tak tahu macamana nak cari bahan tersebut,
lalu awak mintak bantuan dari saya...Saya pun memberikan bantuan yang
awak inginkan, bukankah tue suma perniagaan, cuma bukan dengan wang
ringgit, tapi dengan pemikiran dan tenaga... Kita suma melakukan
perniagaan, betul tak? Cuma berbeza dari segi cara kita berniaga
saja... Saya pun buat online bisnes jugak tapi saya takdelah memaksa
seseorang tue untuk beli barangan online saya, mana yang nak beli,
saya alu-alukan, mana yang taknak beli, saya senyum dan cuba lagi...
Sebabnya saya tahu yang menggerakkan hati seseorang untuk beli
barangan online saya adalah ALLAH SWT... Jika Allah beri keizinan
kepada saya, Insha Allah saya pasti akan dapat menjual barangan
tersebut... Jika Allah tak izin, mesti ada sebab tertentu kenapa saya
tak diizinkan oleh Allah...Jadi kenapa saya perlu bersusah hati
dengan dugaan nie, kan?
Okeylah, dah panjang berjela rasanya nukilan saya hari nie... Apapun, hidup mesti kena sentiasa gembira dan redha dengan kehidupan... Usaha tetap usaha dan selebihnya kita berserah pada Allah sebab hanya Allah saja yang dapat membantu kita untuk berada di landasan yang betul, Insha Allah...
Jaa
mata nee minna-san... sayonara....
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧