Salam ceria

Friday, October 10, 2014

Salam ceria di hari Jumaat yang mulia,
Dengar citer hari ini adalah hari pembentangan bajet kan, so harap-harap akan ada perubahan sedikit dari segi sosial dan ekonomi... Kalu yang staf kerajaan, mesti ada di kalangan kita yang tengah tunggu bonus atau kenaikan gaji, kan.. Just admit it, yea... saya pun tak terkecuali tertunggu-tunggu tapi kalu takde disuarakan dalam pembentangan tue, saya tak kisah pun...Ada rezeki adalah tue kan, kalu takde nak buat camne kan, redha ajelah dengan suma tue... Hari nie saya ambik cuti halfday sebab ada seseorang istimewa yang nak saya bertemu dan bersua... hehehehe, Insha Allah, nanti saya akan perkenalkan dia pada awak suma yea, sabar yea...


Eh..eh...dah 10hb Oktober yea...hihihi baru saya perasan akan tarikh nie, kejap aje masa berlalu, kan, cuma tinggal dua bulan aje lagi kita nak ke tahun seterusnya, umur pun semakin meningkat... Tentu banyak peristiwa dan ujian yang kita lalui di tahun nie, tue tandanya Allah menyayangi kita lebih dari segala-galanya... Saya pun tak terkecuali menjalani ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada saya dan saya bersyukur sangat-sangat sebab Allah menyayangi saya...Apa jua dugaan yang kita tempuhi, saya harap agar semuanya bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini, mungkin sekarang nie kita tengah bersedih dengan dugaan tapi Insha Allah, Allah akan beri kenikmatan kebahagiaan yang tak terhingga dan tak terjangkau di fikiran kita... Saya berpesan pada diri saya dan kawan-kawan saya jugak, jadi sama-samalah kita mengukir senyuman dan mengucapkan Al-Hamdulillah dengan ujian yang kita hadapi sekarang... Dan tak lama kita akan sambut tahun baru Islam, 1436H, jadi apa matlamat kehidupan awak suma sempena tahun baru nie? Matlamat saya adalah saya ingin menjadi seorang Muslimah yang sentiasa merendah diri pada Allah, ingin menjadi seorang insan yang berguna di dunia dan di akhirat dan ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang dikasihi oleh keluarga (Insha Allah)... Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, itulah ayat yang sering bermain di kotak fikiran saya... Segala apa yang berlaku nie adalah ketentuan Allah dan saya redha dengan suma nie, Al-Hamdulillah...

Huhuhu, kita tinggal kejap kisah sedih nie, berbalik pada kehidupan semula... Sekarang nie, mesti awak suma tengah sibuk nak isi LNPT dan SKT awak suma kan, tapi macam biasalah mesti sistem HRMIS tengah busy memanjang, jadi saya nak buat pelaksanaan nie hujung bulan nie, secara kebetulan pulak saya kena pegi kursus pada 20 & 21hb nie...Dekat mana? Hihihi kat opis jea pun, takde kenderaan, jadi pandu kereta sendiri (ahaksss).... Bolehlah daripada takde kursus langsung, memang susah juga nak dapatkan kuota kursus 7 hari setahun sebab bukannya sikit bilangan staf yang nak berkursus... Dah macam-macam kursus saya dah pegi sampaikan saya tak tahu nak ambik kursus apa lagi... Sekarang nie lagi canggih sebab tak silap saya INTAN ada buat kursus online, tapi susah jugak sebab kena bergantung pada kelajuan internet opis... Masa tak terhad, tapi ada jam kredit yang kita perlu penuhkan... Sekarang nie saya dah isi sebanyak 5 kursus online anjuran INTAN dan Insha Allah nanti saya nak perbanyakkan lagi kursus online, jadi takdelah saya membuang masa untuk pegi ke suatu tempat untuk berkursus.. Kursus yang lasak pun saya memang nak pegi tapi keadaan sekarang tak mengizinkan, dari segi fizikal aje... dari segi mental saya memang okey dan nak sangat pegi kursus... Kat bomba nie memang ada banyak kursus yang lasak, maklumlah bomba yang anjurkan, tapi takdelah selasak anggota bomba yang sebenar, cuma pendedahan sikit-sikit jea... Kuota untuk masukkan info dalam blog library pun rasanya cukup-cukup makan jea, sebabnya :
  1. line internet yang kejap-kejap okey, kejap-kejap KO
  2. Saya pakai PC server jadi saya takleh guna sangat PC nie sebab takut menganggu data-data server library
  3. Saya takde PC sendiri, ada laptop tapi monitor pulak yang rosak, huhuhu...

Okeylah, cukup untuk hari nie... Jaa mata nee, minna-san...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧