Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Monday, August 31, 2015


Assalamualaikum..Selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia.. Wahh cuti2 nie mesti ada di kalangan awak suma balik ke kampung dan mungkin hari nie akan balik ke tempat perantauan masing-masing,kan... Hati2 tau balik ke tempat perantauan.. 

Saya?

Cuti nie tak ke mana pun sebab hubby kena kerja, so duduk rumah ajelah sambil melayan anak2 kucing.. Lagipun dua tiga hari nie customer urut terapi pun takde yang buat appointment, hihi macam tau aje saya nak berehat... 

Di tahun nie, marilah kita sama-sama berdoa agar kemakmuran yang kita kecapi ini akan berkekalan, cukuplah nenek moyang kita menderita dahulu..Ingat perjuangan mereka di kala ingin mencapai kemerdekaan demi anak bangsanya sendiri.. 

Oh ya! semalam saya dengan hubby pergi ke Kota Kemuning sebab nak melawat moyang kami yang bengkak kaki... Bila dia dapat tau kami nak datang dan ajak dia keluar, terus aje dia setuju padahal dia bengkak kaki dan takleh jalan laju... Tapi disebabkan kami dah lama tak singgah di Kota Kemuning, dia sanggup menahan kesakitan demi nak makan bersama-sama dengan kami.. Kami singgah di Mr Roti Canai Corner yang memang terkenal dengan roti canai yang sedap.. tapi ada jugak menu yang lain disediakan di sini, seperti nasi beriyani, nasi kandar, pelbagai jenis roti canai, tosai, mee dan macam2 lagi... kami berdua makan nasi beriyani sebab dari petang semalam kami tak makan apa2, manakala moyang dan opah kami memilih untuk makan french fries dan pau.. kami bersembang pasal kehidupan masing-masing dan bertanya khabar... lepas kami hantar mereka ke rumah, kami terus balik ke rumah dan lepas mandi, bummmm...tido... hehehe



Jaa nee..

 

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧