Asal usul lagu Ulek Mayang

Thursday, September 10, 2015

Assalamualaikum...
Mesti awak suma tau lagu Ulek Mayang yang popular tue kan.. tapi awak tau tak di mana asal usul lagu nie... Ulek Mayang (Tulisan Jawi: اولق مايڠ  ) ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian.

Sebenarnya ada banyak versi legenda Ulek Mayang,tapi yang paling popular versinya adalah tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung.

"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".

Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.



Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang megiringi tarian ini. Lagu ini didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak menyeramkan. Tapi kata kawan ummie saya yang salah seorang penari budaya Terengganu berkata, ianya memang benar berlaku di mana penari yang tak mempunyai semangat yang kuat akan berada dalam keadaan tidak sedar diri, betul ke tak wallahualam... lagipun memang ada pendapat mengatakan lagu nie sebenarnya lagi panjang liriknya tapi terpaksa dipadamkan kerana dikatakan mempunyai unsur-unsur pemujaan dan ianya adalah syirik dalam agama Islam...


 Lagu nie memang jadi lagu favourite dari zaman berzaman dan ianya akan terus kekal hingga berzaman lamanya..Bukannya untuk dipuja tapi cuma menghayati seni tarian dan lagu tradisional negeri agar anak bangsa kita di zaman akan datang mengetahui sejarah lama...

Jaa nee..





3 comments

  1. dengar lagu ulik mayang ni mmg berbulu gak seram raase.. mmg ade yg sampai xsedar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue Ruby.. tapi biarlah ianya menjadi warisan untuk generasi akan datang...

      Delete
  2. Ooo....gitu asal usul dia. Memang ada rasa seram sikit bila dengar lagu ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧