Diari harian

Sunday, September 06, 2015


Assalamualaikum...

Berangin betul pada malam nie, rasa nyaman dan segar pulak, mungkin nak hujan lagi agaknya..Sebab daripada pagi tadi sampailah petang, matahari malu nak keluar, tambahan pulak dengan keadaan berjerebu nie... So, awak suma kena hati2 tau, dan kurangkan aktiviti di luar agar kesihatan kita dapat dijaga dengan sebaik mungkin. 

Tak lama lagi kita akan menyambut Raya Aidiladha, dan mesti ada di kalangan kita, atau keluarga, atau sanak saudara atau sahabat handai yang akan menunaikan haji di Makkah Al-Mukarramah..Saya doakan kesejahteraan dan keselamatan awak suma dan semoga awak suma mendapat haji mabrur, Insha Allah... Bestnya dapat menjejakkan kaki ke sana, kan dan rasanya itulah impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke sana, walaupun hanya sekali seumur hidup.. pada sesiapa yang belum menjejakkan kaki lagi, sama-samalah kita berdoa agar impian kita dimakbulkan oleh Allah..

Okey, jaa nee.. Oyasumi minna-san.. 


1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧