Assalamualaikum.. Amalan suami isteri sepanjang masa. Insha Allah mendapat
keredhaan Allah dan membina keluarga bahagia.
Amalan 8P- Uztazah Siti Nur
Bahyah
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap
pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain
dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih
apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami
isteri hendaklah selalu peluk memeluk
antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan
memberi hadiah boleh
menambah kasih
sayang.
4. Perhatian adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana
kekurangan
perhatian boleh
mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
5. P seterusnya mewakili 'persefahaman' kerana
kerjaya memerlukan
pasangan lebih bertolak
ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. satu lagi P adalah 'percutian' di mana perlu merancang
percutian
berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada
kesibukan dan kehidupan
rutin
7. P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu
pasangan suami isteri
mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi
mengelakkannya daripada
melampaui batas, menimbulkan cemburu
seterusnya membawa kepada
pembabitan orang ketiga.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa
kepada Allah supaya
merapatkan kasih sayang
antara pasangan suami isteri serta dijauhi
daripada godaan kemewahan
dan keseronokan dunia.
Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar
ialah mendekatkan diri
dengan Allah. Apabila seseorang insan
mengabaikan tanggungjawab terhadap
agama, dia akan mengabaikan rumah tangga
kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis
yang suka umat manusia bercerai
berai akan menghampiri dan melalaikan kita
daripada tanggungjawab
terhadap
keluarga"
Doa
selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan
kasih
sayang antara suami isteri
iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau
membacakan ayat ke-200 surah
sama bagi mengurangkan panas baran suami.
[31]
Al-Imran
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah
mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa
kamu. Dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[200]
Al-Imran
Wahai orang-orang yang
beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu
lebih daripada kesabaran musuh, di
medan
perjuangan), dan bersedialah
(dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai
kemenangan).
good sharing :)
ReplyDeleteThanks..sama2lah kita amalkan.. bak kata omputih sharing is caring.. ^_^
DeleteNice... Btw, Cikla Ada tag awk tau...
ReplyDeletehttp://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html
hihi trima kasih sebab tag nama saya.. :D
Delete