Adik masuk wad di HKL

Thursday, October 22, 2015


Assalamualaikum..
Semalam saya mendapat khabar sedih daripada ummie saya, mengatakan adik saya (ustazah) berada di wad HKL kerana mengalami gastrik dan asthma secara serentak...

Selepas balik kerja pada pukul 4.30pm, saya dan hubby terus bergegas ke HKL untuk melawat dan menolong apa yang patut.. Sampai saja di sana, hati ini disayat pilu melihat kesakitan yang dia alami...

Sebanyak 5 botol air dimasukkan dalam badan hingga menyebabkan badannya mengelembung besar akibat banyak air di dalam badan, manakala urinnya berwarna oren menandakan suatu penyakit telah melanda dirinya..

Sebelum ini, dia pernah dimasukkan wad kerana diperiksa oleh doktor bahawa buah pinggang mengalami sikit kebocoran menyebabkan kakinya sentiasa sembab.. Bila disiasat oleh panel doktor, berkemungkinan besar datang daripada ubat suplemen yang meletup sekarang...

Apa yang boleh saya lakukan hanyalah menolong adik semampu yang boleh tapi saya tak boleh nak stay kat hospital kerana kekurangan cuti tahunan...Rasa sedih bila tinggalkan dia di wad sorang2 tapi hati terselit perasaan lega kerana suami dia sentiasa ada di sisi.. Hari nie ummie saya akan datang ke HKL daripada Kay Tee pada menjelang tengahari nie, tumpang kereta dengan bapa saudara yang secara kebetulan dia nak ke KL untuk menemui anaknya (sepupu saya)..

Insha Allah, pada petang nie saya akan ke sana lagi..Saya berdoa agar semuanya selamat.. آمِÙŠّÙ†ْ... آمِÙŠّÙ†ْ... ÙŠَا رَ بَّ العَـــالَÙ…ِÙŠْÙ†

jaa nee..
 

6 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧