Awak pengguna komputer?
Cuba
perhatikan huruf pada papan kekunci (keyboard) di mana awak menaip
segala patah perkataan. Dari kiri ke kanan di bahagian atas, mengapa ia
bermula dengan huruf Q,W,E,R,T,Y dan seterusnya.
Pernahkah
awak terfikir mengapa huruf-hurufnya bercelaru? Kenapa tidak disusun
mengikut turutan abjad seperti A,B,C,D,E,F,G dan seterusnya? Awak tahu
tak, ada sebab mengapa huruf-huruf pada keyboard itu disusun
berselerak.
Papan
kekunci pertama kali digunakan untuk mesin taip pada tahun 1868 yang
dicipta oleh Christopher Latham Sholes. Ketika itu, papan kekunci yang
dicipta Christopher menggunakan abjad ABCDE... dan bukannya QWERTY...
seperti hari ini. Dengan susunan abjad yang betul, ia memudahkan para
pengguna untuk mengetuk papan kekunci pada mesin taip. Waktu itu,
huruf-huruf pada papan kekunci itu menggunakan tangkai yang apabila
ditekan, ia akan mencetak huruf tersebut pada kertas yang dimasukkan ke
dalam mesin taip tersebut. Oleh sebab minda para pengguna mesin taip
memang sudah haal susunan abjad ABCDEFG.. maka kerja-kerja menaip jadi
mudah dan cepat. Ia menjadikan orang menaip papan kekunci itu terlalu
pantas hingga membuat tangkai-tangkai huruf pada mesin itu saling
berhimpitan dan membuatnya selalu tersekat. Dan masalah ini yang selalu
menyebabkan kerja menaip menjadi tergendala.
Kerana
itu, seorang ilmuwan bernama E. Remington mencari idea dengan
memperkenalkan kombinasi huruf QWERTY... Formula huruf ini pada papan
kekunci dianggap sukar dan akan mengurangkan kelajuan tangan pengguna
untuk menaip.
Ternyata
formula Remington berjaya. Ia membuatkan pengguna agak lambat untuk
menaip mengikut kombinasi baru itu, sekali gus mengurangkan kerosakan
mesin taip ketika itu. Dan kombinasi itu terus kekal digunakan
sehinggalah ke hari ini. Tapi rasanya kalu pengguna tue memang membuat kerja-kerja menaip saya rasa agak laju jugaklah dia menaip, contoh paling dekat ialah ummie saya... Sewaktu dia berkhidmat dalam sektor kerajaan, tugas ummie saya memang menaip sebagai jurutaip N11 sebelum dinaikkan gred menjadi N17.. Jadi memang pantas giler ummie saya menaip, kalah anaknya.. Dengan kebolehan ummie saya tue, dalam satu hari ada lebih kurang 50 surat dia dapat siapkan...
Wow,hebatkan orang-orang lama...
Jaa nee..
oo ingatkan untuk mudah pergerakan jari
ReplyDeleteKan😂😂
DeleteOuhhh baru tahu tentang ni.
ReplyDeleteIngatkan untuk mudah kita bertaip