Assalamualaikum,
Sekadar perkongsian..Maafkan saya andainya tersalah kata..
1.Bulu kening
Menurut Bukhari, “Rasulullah melaknat perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan
bulu kening.”
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
“Dan
janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
“Siapa
sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.”
Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."
An-Nur : 31
5. Gigi
“Rasulullah
melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya.”
Riwayat At-Thabrani
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”.
Riwayat
Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan Tangan
Asma Binti
Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasulullah:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja.”
Riwayat Muslim dan Bukhari.
7. Tangan
“Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”.
Riwayat At Tabrani dan
Baihaqi.
8. Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan
mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.”
An
Nur : 31.
Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan
seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
9. Mulut (suara)
“Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”
Al Ahzab: 32.
Sabda Nabi SAW,
“Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu
dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.
10. Kemaluan
“Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” An Nur :
31.
“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa
di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka
masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.”
Riwayat Al Bazzar.
“Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah.”
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
11. Pakaian
“Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan
pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.”
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An
Nasaii dan Ibn Majah.
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada
maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak
akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
Riwayat Bukhari dan
Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
“Hai
nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.”
Al Ahzab : 59.
12. Rambut
“Wahai anakku
Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak
mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Subhanallah… Moga-moga kita berada di dalam golongan wanita yang mementingkan penutupan dan penjagaan aurat…wallahu alam!
renung renungkan lah kan :')
ReplyDeletesama-sama kita saling ingat mengingatkan,,,
ReplyDeletethanks for sharing akak ^^
perkongsian yang bermanfaat.. menjadi kewajipan setiap muslimah untuk berpakaian mengikut syariat yang telah ditetapkan..
ReplyDeleteperingatan yg bagus kak.. kikir gigi tu mcm mana?
ReplyDeleteKikir gigi tue sama macam macam buat gigi untuk bagi sama rata...Kalu gigi dia lain daripada orang maka dibolehkan buat gigi atau kikir gigi, tapi kalu sekadar nak cantik semata2, maka hukumnya haram sebab kita dah mengubah ciptaan Allah...dan satu lagi kalu giginya tak boleh nak guna macam orang lain, maka dibolehkan buat gigi... ^_^ betulkan akak jika salah..
Deleteplease visit my blog and also follow, thanks. liz-juelita.blogspot.com
ReplyDeletebagus info ni, untuk muhasabah diri juga
ReplyDelete