Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi yang indah dan cantik nie..
Dan...
Mintak maaf banyak2 sebab tak dapat nak update jurnal nie semenjak 2 ke 3 hari nie, hihihi bukannya apa, saya sibuk sikit dengan kehidupan ditambah pulak dengan kehadiran ummie dan adik2 semasa cuti Maulidur Rasul baru2 nie.. Adik bongsu saya telah tamat pengajian sebagai seorang pembantu pembedahan gigi pada 23hb baru2 nie dan dia bakal menjadi pembantu pembedahan gigi pada tahun depan, so tahun depan dia cuma tunggu untuk posting negeri saja, dapat kat mana..? Wallahualam, hari tue dia mintak negeri, Terengganu, Terengganu dan KL, harap2 dia dapatlah berkhidmat di Terengganu agar ummie dapat dijaga...Mereka balik ke Kuala Terengganu pada hari Sabtu lepas, dan Insha Allah nanti saya pulak akan bercuti panjang di sana, sebab hubby kata nak cuti lama sikit, baru seronok nak berjalan-jalan di Kuala Terengganu..Maklumlah kekangan masa,kerja dan waktu cuti yang tak fleksible menjadi halangan untuk balik ke sana... hubby kata tak seronok nak balik ke Terengganu jika cuti terlalu singkat..
Semalam secara kebetulan saya tak berapa sihat tapi saya gagahkan diri jugak untuk mencari rezeki bagi kehidupan yang serba mencabar diri.. Mujur jugak hubby tolong hantarkan saya ke tempat kerja, dan semalam jugak satu kejadian agak mencemaskan berlaku... Hubby tertinggal kunci kereta di dalam kereta sehingga memaksa dia mengopak tingkap kereta untuk mengambil kunci, dan kami memang takde kunci spare.. ini kerana kereta kesayangan saya masih berada di Sungkai lagi dan saya masih memakai kereta mak mertua saya, jadi memang kami takde kunci spare..
Mujur jugak hubby pandai memasang semula getah tingkap tue, dan kami sempat lagi singgah di kedai TM untuk bertanyakan line Unifi...
And guess what..?
Akhirnya line Unifi dapat didaftarkan dan akan dipasang pada 9hb Januari nie...
sebenarnya saya memang bercadang nak ambik streamyx jea tapi kata salesboy TM kotak streamyx tak dipasang di tiang TM dan hanya kotak Unifi saja dipasang terlebih dahulu memandangkan taman perumahan nie dikira baru (errkkk baru...? dah 5 tahun kot...!) So pihak TM nak tumpukan pada line Unifi dulu sebab kuota streamyx di area Salak Tinggi dah nak melebihi had berbanding dengan line Unifi...
sebenarnya saya memang bercadang nak ambik streamyx jea tapi kata salesboy TM kotak streamyx tak dipasang di tiang TM dan hanya kotak Unifi saja dipasang terlebih dahulu memandangkan taman perumahan nie dikira baru (errkkk baru...? dah 5 tahun kot...!) So pihak TM nak tumpukan pada line Unifi dulu sebab kuota streamyx di area Salak Tinggi dah nak melebihi had berbanding dengan line Unifi...
So, tak lama lagi NO MORE ASTRO, dan saya akan downgrade line maxis saya, hanya untuk kegunaan Waze saja... Sebab susah jugak kalau takde line internet untuk kegunaan waze pergi ke rumah customer urut terapi saya nie..
Minggu lepas memang minggu yang busy, dengan kerja di opis memang takyah cakap, maklumlah dah hujung tahun nie, macam2 yang perlu buat..
Lepas tue, buat pulak kerja part-time, buat perkhidmatan urut terapi buang angin bagi muslimah saja di area Salak Tinggi, Putrajaya, Nilai, Dengkil dan Cyberjaya sebab kumpul duit untuk membayar hutang...
Jangan dibuat main-main dengan hutang nie, apapun hutang tetap hutang dan mesti dibayar...!
So, sekarang nie saya sedang gigih untuk melunaskan hutang yang sedia ada...! Insha Allah semuanya akan diselesaikan tak lama lagi..!
Jaa nee...
saya tag sis join segmen
ReplyDeletehttp://fififizahresepi.blogspot.my/2015/12/pencarian-top-5-blogger-2016.html
^_^