Happy @ Tidak..?

Tuesday, December 15, 2015


Assalamualaikum, 
Awak nak tahu awak nie happy atau tak dalam kehidupan? Jom jawab soalan yang diberikan dan berikan permarkahan masing2, TAPI sila jawab sejujur-jujurnya..


1. Ada individu yang memerlukan pertolongan daripada awak. Apa reaksi pertama yang awak lakukan?
a) Terus membantu tanpa banyak soal.
b) Lihat pada situasi terlebih dahulu sebelum menghulurkan bantuan.
c) Meminta bantuan orang lain untuk membantu individu tersebut.

2. Bagaimana tidur awak pada waktu malam?
a) Nyenyak sampai pagi.
b) Mudah tertidur tetapi sering terjaga pada waktu malam.
c) Sukar tidur dan hanya tidur beberapa jam sahaja.

3. Gambaran paling tepat mengenai kehidupan sosial awak :
a) Awak tidak mempunyai ramai kawan dan teman yang baik. Namun awak bersikap terbuka untuk menambah rakan baru.
b) Awak dikenali tetapi sebagai seorang yang peramah dengan sesiapa sahaja walaupun baru mengenalinya.
c) Awak hanya berkawan dengan teman terdekat sahaja.

4. Bila awak marahkan seseorang, berapa lama masa yang diambil untuk awak berdamai dengan mereka semua?
a) Sangat lama. Ini kerana awak bukanlah seseorang yang mudah melupakan apa yang telah orang lakukan pada awak.
b) Tidak sampai satu hari. Awak bukanlah seorang pendendam.
c) Tidak marah, tetapi mulai saat itu awak akan berusaha mengelak dari bertemu dengannya lagi.

5. Apakah pola makanan awak?
a) Tidak memilih makanan.
b) Awak amat berjaga-jaga dan memilih makanan serta mementingkan diet.
c) Awak makan tiga kali sehari tetapi dalam saiz hidangan yang kecil serta menentukan jenis makanan tersebut.

6. Bila awak rasa selesa dan senang dengan diri sendiri?
a) Saat bersendirian kerana ketika ini daya kreativiti dan fokus awak meningkat.
b) Saat bersama insan tersayang terutamanya keluarga, rakan-rakan dan si dia.
c) Ketika di pejabat kerana di sini awak nampak kejayaan awak dan rasa dihargai.

7. Adakah awak seorang yang suka mencuri tulang ketika bekerja atau melakukan sesuatu tugasan bersama teman?
a) Ya, agak selalu kerana bos dan rakan-rakan juga suka melakukannya, jadi saya mengikut sahaja.
b) Tidak pernah kerana awak suka dengan kerja dan tugasan yang diberikan.
c) Kadang kala sahaja, itupun ketika badan terasa letih dan kurang sihat.

8. Awak tidak menjalinkan hubungan dengan orang yang :
a) "Over acting!"
b) Suka menindas dan merendah-rendahkan orang yang lemah
c) Kasar dan tidak tahu adab.

9. Kawan baik awak tiba-tiba sahaja mengajak awak keluar sambil membeli belah. Apa reaksi awak?
a) Terima pelawaan tanpa banyak soal.
b) Bersetuju jika teman-teman lain turut menyertainya.
c) Menolak kerana awak tidak suka aktiviti tanpa perancangan awal.

10. Bagi awak, masa terasa...
a) Berjalan sangat pantas sehingga merasakan 24 jam tidak cukup untuk sehari.
b) Hari berlalu sangat cepat, tetapi minggu dan bulan berjalan sangat lambat.
c) Lama sangat terutamanya jika tiada aktiviti dilakukan pada hari tersebut.


SKOR AWAK

0 hingga 6 - Tidak bahagia
Sememangnya awak rasa bahagia tetapi dalam kadar yang rendah. Awak akan bahagia apabila mendapat sesuatu yang awak harapkan misalnya hadiah dari si dia atau tiba-tiba teman-teman membuat suprise party untuk awak. Namun apabila awak menghadap semula dengan rutin harian, akhirnya awak kembali tertekan. Awak sebenarnya boleh meningkatkan kadar kebahagiaan awak sekurang-kurangnya 50 peratus. Mulalah sikap fleksibel agar awak tidak terlalu tertekan dalam menghadapi sesuatu situasi itu. Selain itu, sentiasa rasa bersyukur dan belajarlah untuk menghargai diri sendiri, barulah awak akan bahagia serta tenang sentiasa.

7 hingga 13 - Happy... tetapi
Awak sebenarnya sudah berada di landasan yang tepat untuk mengecap kebahagiaan. Namun fikiran awak sering dihantui dengan perasaan-perasaan negatif seperti risau pandangan orang lain terhadap awak. Awak selalu berfikir ada orang tidak suka dan kurang senang dengan kehadiran awak. Awak begitu mementingkan kebahagiaan mereka berbanding dengan kebahagiaan diri sendiri. Luaskan lingkungan pergaulan awak supaya rasa percaya pada diri sendiri dapat dipertingkatkan dan awak boleh merasa tenang dan selesa meskipun tanpa kehadiran orang-orang terdekat.

14 hingga 20 - Begitu bahagia
Tidak perlu diragukan. Awak sememangnya amat menghargai hidup hari ini. Walaupun awak sedar kehidupan awak bukanlah terlalu sempurna dan masih banyak yang perlu dikejar, namun awak mampu menerimanya dan berusaha untuk mencapai kehidupan agar lebih baik. Awak juga tahu cara menyenangkan orang lain tanpa perlu mengorbankan diri sendiri.


5 comments

  1. hihi..tengah tengah..biasa biasa je..tapi apa yang dikatakan tu betul..

    ReplyDelete
  2. heehehehe betul.
    qila happy tapi..........
    hehehheh

    ReplyDelete
  3. Blm sempat nk kira betul2 la, tapi menarik sgt ni..in shaa Allah dtg lagi.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧