Nilai persahabatan

Friday, December 11, 2015



Ismail SMS sahabat baiknya
"Bro, boleh tolong aku? Aku perlukan duit lebih kurang RM300..penting sangat, darurat sangat bro, boleh aku pinjam duit kau dulu?"

Lalu Ahmad, sahabat baiknya membalas mesejnya itu....
"Boleh in shaa Allah bro, tapi kau kena tunggu dalam 1/2 jam, nanti aku transfer ke akaun kau"


Selepas 1/2 jam...1 jam.... 2 jam menunggu... sahabatnya Ahmad tidak memberi langsung khabar berita, bila Ismail menelefon ke telefon sahabatnya itu ternyata ia tidak aktif..

Ismail kecewa dengan sahabatnya itu, ternyata sahabat yang disangka boleh dipercayai itu juga meninggalkan dirinya, Bahkan hampir 3 jam sudah berlalu.. telefon Ahmad masih juga tidak aktif!

Ismail pun mengirim SMS kepada Ahmad
"Selama ini kita bersahabat baik, aku tidak pernah mengecewakan kau disaat kau dalam kesusahan, kita sudah saling percaya, dan kau aku anggap seperti saudaraku, Tapi kenapa sekarang kau pergi meninggalkan aku..?"

Lalu SMS itu dihantar kepada Ahmad....
Tapi status pengirimnya pending....
15 minit kemudian sahabatnya Ahmad menelefonnya...

Ismail bertanya kepada Ahmad, kenapa telefonnya tidak dapat dihubungi sebelum ini..Lalu sahabatnya pun memberitahu bahawa...

"Minta maaf bro, aku bukan sengaja mematikan telefonku, aku bukan sengaja lari darimu, tetapi aku mematikan hpku kerana aku sedang menjual hpku supaya aku dapat membantumu..lalu duit hasil jualan hpku itu dapat aku berikan pada mu...Aku belikan hp yang murah agar aku boleh menghubungimu, bahawa aku ingin memberitahumu, duit yang kau perlukan itu sudah aku transfer ke akaunmu..."

Ismail sangat mnyesal dengan tindakannya yang bersangka buruk pada sahabatnya itu... Dia terasa sangat kecewa dengan dirinya...

Allah berfirman dalam Al-Quran
"Hai orang orang beriman, jauhilah dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa"
(Surah Al-Hujuraat 49: 12)

Kredit: Amirul Imran

3 comments

  1. eh napa jadi sayu je bila baca citer ni... tak ramai yang ada sahabat mcm Ahmad..

    ReplyDelete
  2. T.T .. susahnya nak jadi sahabat sebaik ahmad :(

    ReplyDelete
  3. Sedihnya.. Susah nak dapat sahabat yang macam ini.. Kalau ada, memang kena hargai..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧