Setiap ibu bekerjaya pasti terkejar-kejar menyediakan keperluan anak-anak. Daripada soal pakaian sampailah hidangan sarapan pagi mereka hingga ada yang mengambil jalan mudah iaitu membelikan anak-anak sarapan di luar. Hakikatnya penyediaan sarapan oleh ibu di rumah lebih sihat dan bermanfaat, betul tak..?
Tapi ada cara untuk kita menjadi lebih kreatif dalam penyediaan sarapan berkhasiat untuk anak-anak.. Jom kita ikut panduan yang berikan oleh Puan Cher Siew Wei yang merupakan pakar nutrisi Nestle..
1) Kenalpasti keperluan pemakanan anak
Terdapat lima kumpulan pemakanan iaitu bijirin yang membekalkan sumber tenaga, protein terdiri daripada ikan mahupun mentega, produk tenusu seperti yogurt dan susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaiknya pada sediakan sarapan pagi dengan jumlah pemakanan yang diperlukan oleh anak-anak. Misalnya dalam satu hidangan mempunyai potongan roti, telur, timun, salad dan secawan Milo.
2) Hidangan mudah
Sediakan hidangan mudah pada sebelah pagi. Yang mana anda boleh menjimatkan masa menyediakan sarapan dengan menyiapkan terlebih dahulu pada sebelah malam. Misalnya rebus dahulu makanan seperti telur pada sebelah malam. Pada pagi hari, anda boleh menyediakan hidangan yang diperlukan oleh anak. Ia cuma memerlukan sedikit usaha dan keinginan menyediakan sarapan anak-anak.
Pandora Box ini samalah halnya dengan Bento, iaitu hidangan berupa makanan yang dihias bagi menarik keinginan anak untuk bersarapan. Anak kecil sukakan sesuatu yang berwarna. Maka, pilihlah makanan yang berwarna. Gabungkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Setiap makanan biarlah sayuran mahupun buah yang ada warna berbeza.
4) Bawa anak ke pasar
Kaedah ini sebagai galakan buat si kecil seronok untuk menikmati hidangan sarapan mereka. Dalam masa yang sama, mereka berkobar-kobar dan tidak sabar untuk menanti jenis sarapan yang diinginkan mengikut citarasa.
5) Rancang sarapan
Kenapa tidak membuat carta sarapan pagi untuk anak-anak. Yang mana ia bermula dari hari Isnin sehingga hari Ahad. Dengan ini anda dapat mengawal diet anak-anak dengan sebaik-baiknya. Malah anda juga memberi mereka pilihan makanan yang bersesuaian semasa sarapan.
6) Buah-buahan tempatan
Buah-buahan tempatan juga boleh membekalkan vitamin yang mencukupi dan baik untuk anak-anak. Dalam masa yang sama, harganya lebih murah dan mudah didapati. Misalnya pisang, jambu batu mahupun buah naga yang mengandungi jumlah vitamin yang memenuhi keperluan anak-anak. Ibu perlu perkenalkan makanan berupa buah-buahan kepada anak sejak mereka kecil lagi. Biarkan mereka berekplorasi dengan makanan.
Dengan cara nie, Insha Allah anak-anak akan suka bersarapan malah mungkin ternanti-nanti pada hari esok, memikirkan apa pula yang dia akan bersarapan untuk pagi esok...
Jaa nee..
sometime susah juga .. hahaha .. macam kalau kami adik beradik dah biasa dr kecil makan biskut/roti ja.. apapun tips yg bagus utk d'amalkan :D
ReplyDelete