Assalamualaikum wbt..
Salam di hari Isnin semua, kat opis nie dah bergema dengan bunyi pancaragam bomba sempena dengan jamuan raya + meraikan kehadiran menteri KPKT yang baru iaitu Tan Sri Noh Omar..
Lepas tue, ditambah pulak dengan interview pegawai bomba KB19 yang baru, jadi hari nie dan esok memang meriah..Khemah untuk jamuan raya sedang diaturkan, semua negeri2 akan turun padang menghidangkan hidangan raya negeri masing2, tapi apa yang pasti 40 ekor kambing bakal ditumbangkan esok... Kami warga JBPM jenuh dok fikir masing2 kena datang awal esok sebab dikhuatiri akan mengalami kekurangan parking..
Saya nak berkongsi citer sikit, pengalaman saya naik bas ekspress balik daripada Teluk Intan ke Putrajaya.. Semalam saya menaiki bas ekspress daripada Teluk Intan menuju ke Putrajaya, hehe apalagi untuk berjumpa dengan suami tersayang.. Almaklumlah kami nie 'pjj' dan hanya hari minggu saja kami dapat berjumpa.. Jika dia tak dapat balik ke rumah, saya akan ke sana untuk berjumpa dan melepaskan rindu.. Ahakkss..Malunya...
Okeylah.. Sambung citer tadi.. Semasa on the way nak ke Tol Sungkai, kami warga penumpang bas terkejut dengan bunyi tingkap bas pecah gara2 dilempar batu oleh mat motor.. Pada mulanya kami menyangka bas eskpress kami melanggar sebuah motor tapi sebenarnya mat motor dengan sengaja melempar batu yang agak besar ke arah tingkap bas.. Motif sebenar tak diketahui.. Ada 3 orang penumpang yang terkena serpihan kaca tapi nasib baik tak cedera ataupun luka.. Masing-masing terperanjat dengan kejadian tue tapi Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai di destinasi masing-masing pada pukul 3 pagi tadi..
Sebaik saja sampai di Putrajaya Sentral, saya terus bergegas ke tempat parking dan nak membayar tiket, saya terlupa untuk tukarkan duit RM100 kepada pecahan yang kecil.. Nasib baik kat tingkat atas ada kedai mamak dan saya terus mintak pada mamak tue tukarkan duit kepada pecahan kecil..Nasib saya baik kerana mamak tue baik hati tukarkan RM100 kepada not RM5, hihi dapatlah saya masuk tabung lepas nie, sebab sekarang nie saya tengah giat mengumpul not RM5 dalam usaha untuk menabung... Saya mula menyimpan sejak tahun lalu dan itulah menjadi simpanan emergency jika diperlukan.. Yealah, dengan mengambil upah mengurut, dapatlah saya menyimpan sikit demi sikit, lebih2 lagi not RM5 tue..
Saya selamat sampai di rumah dalam pukul 3.30 pagi dan nasib baik jugak aritue saya terlebih iron baju kerja jadi dapatlah saya rehat lebih banyak masa untuk lelapkan mata sebelum keluar mencari rezeki untuk keluarga kami.. Memanglah orang cakap, tanggungjawab suami adalah menanggung isteri dan anak2 tapi tak salah sekiranya isteri ikhlas untuk membantu suaminya kan...
Oh ya! pada awak yang duduk di area Salak Tinggi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Nilai, temujanji urut dibuka pada minggu nie, hanya untuk muslimah saja tau.. Caj dan waktu perkhidmatan adalah seperti iklan di bawah nie...
Jaa nee..
Mujur tiada apa2 yang berlaku..
ReplyDeleteKenapa agaknya motor tu baling batu ye..
Hurm...
just saw ur ads. ada urut terapi. bestnya..tapi jauh lah pulak.. sy kat pj. :(
ReplyDelete