Drama tv terbaru - Abang Bomba I Love You

Saturday, September 03, 2016

Assalamualaikum wbt..
Awak ingat tak hari tue saya ada citer pasal drama tv mengenai kebombaan iaitu Hero yang akan ditayangkan pada 5 September ini di TV2, ala entri yang nielah .. Well, citer pasal bomba memang tak habis kan, sekarang nie akan ditayangkan drama mengenai bomba jugak, diadaptasi daripada sebuah novel bertajuk 'Abang Bomba I Love You' karya Mia Kiff.. Kalu awak nak tahu penulis nie sememangnya adalah seorang isteri kepada anggota bomba dan demi cintanya pada suami yang memakai pakaian seragam tue, dia mendapat idea untuk menghasilkan novel mengenai seorang anggota bomba...

Drama adaptasi nie akan ditayangkan di Astro Ria pada 12 September 2016 nie, bermula pada hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.. 

Antara pelakon yang terlibat dengan drama adaptasi nie adalah Hisyam Hamid, Nadya Syahera dan Amira Othman...



Wahh, bermakna bulan nie, ada dua kisah mengenai kebombaan la kan, hehe.. Walaupun saya bukan anggota bomba yang memakai pakaian celoreng tapi saya bekerja di bawah satu bumbung dengan badan beruniform nie dan saya berasa amat bangga dengan kejayaan anggota2 bomba yang menyelamatkan harta dan nyawa..

Ohh.. Nak tahu kisah Abang Bomba I Love You..? Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.
Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.
Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?

Jadi kalu awak nak tau kisah selanjutnya, nantikan pada 12 September ini di Astro Ria pada jam 10 malam.. Tengok tau jangan tak tengok tapi jangan lupa pulak pada drama bersiri Hero yang akan ditayangkan pada 5 September nie jam 9 malam di TV2..


Jaa nee..

2 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧