Assalamualaikum
wbt...
Kisah
nie patutnya saya citer semalam tapi tau ajelah, laptop kat rumah
memang dah jahanam terus, nak tulis kat tablet memang lambat giler
dan tak boleh nak edit2 sangat, so citer nie saya forward kan ke hari
nie..
Kisah
Nokia XpressMusic 5800, berlaku kat opis tingkat 2.. Masa tue saya
tengah menuju ke arah lif untuk turun ke bawah, kat dua tangan nie
memang penuh dengan fail dan surat2 yang diambik daripada pigeon hole
di tingkat 2, biasanya saya memang tak bawak handphone tapi semalam
gatal sangat nak bawak.. Biasalah baju kurung nie takde poket so
terpaksa pegang di tangan.. Masa tengah berjalan lenggang2 kangkung
dengan tangan penuh dengan fail dan surat, tiba2 handphone saya
terlepas di tangan dan jatuh atas lantai, apa lagi pecah berderai la,
dengan bateri habis tercabut... huhuhu (╥﹏╥) Tapi nasib baik ianya dapat digunakan semula walaupun sebenarnya dah banyak kali dah jatuh berderai.. Memang jenama Nokia nie tahan lasak kan, sampaikan suami saya suruh tukar phone sebab katanya orang zaman sekarang dah tak pakai lagi dah phone jenis Nokia nie... hehehe bukan taknak tukar tapi selagi ianya belum rosak sepenuhnya dan memang takleh pakai, selagi itulah saya akan gunakan khidmat Nokia nie, maklumlah telefon legend.. Rasanya dah tak ramai dah pakai jenis Nokia, kan..
Teringat zaman masa mula2 bekerja, masa tue hati membuak2 nak beli phone, maklum saja masa tue harga phone sama dengan Iphone 6, tapi belum kesampaian...
Mula-mula saya dapat kerja di Kuala Lumpur, abah saya ada belikan saya phone untuk kegunaan supaya senang nak hubungi keluarga... Maklumlah, duduk berjauhan dengan keluarga dan masa tue keperluan untuk pakai phone memang amat diperlukan... Abah berikan saya phone jenama Motorola tapi saya tak ingat jenis dia... hihihi
Motorola |
Setelah hampir setahun, barulah saya dapat phone, pilihan utama saya adalah Nokia 5110, yang harganya RM750, walaupun saya tau masa tue memang agak mahal.. Masa tue bermula lah mencari ringtone yang boleh ditaip melalui phone nie.. Ingat lagi tak..? Masa tue memang ada buku ringtone yang dijual di pasaran dan ianya menjadi kegilaan orang.. Hayat Nokia 5110 nie tak lama pun dengan saya sebab saya bagi pada adik untuk digunapakai, lalu saya pun beli satu lagi phone Nokia jenis 3310, kemudian bertukar lagi dan beli Nokia 2300.. Tapi masa tue, sifat manusia yang sememangnya ada dalam diri nie, perasaan cemburu terlintas di hati takala tengok kawan mempunyai phone yang lagi canggih dan boleh dilipat serta mempunyai gambar berwarna dan kamera dan saya bertukar jenama daripada jenama Nokia ke jenama Samsung SGH-X450, tapi ummie saya pulak nakkan phone nie sebab katanya phone nie nampak kecik dan comel.. So saya bagilah pada ummie dan saya bertukar semula ke jenama Nokia... Jenis yang saya pakai masa tue adalah jenis yang boleh dibuat pemain MP3 kerana saya memang penggemar dengar lagu2 MP3 dan pilihan saya adalah jenama XpressMusic 5300... Nokia nie saya beli pada tahun 2004 sehingga akhir hayatnya pada tahun 2008 kerana screennya telah rosak dan sejak tahun 2008 hingga sekarang saya pakai jenama XpressMusic5800 (gambar di atas sekali) yang berfungsi sebagai pemain MP3, dan yang paling penting ada GPS, sebab masa tue aplikasi GPS belum diperluaskan lagi... hehe
Nokia 2300 |
Nokia 3310 |
Nokia 5510 |
Samsung SGH-X450 |
Nokia Xpress Music 5300 |
Tablet..? Saya cuma pakai tablet jenis Samsung Galaxy Tab 2, 7" jea dan masih lagi kekal gunakannya dan buat masa nie belum rosak lagi, screen pecah2 pun takde lagi sebab takde anak kecik hehe..
Galaxy Tab 2 - 7 inci |
Itulah ceritera semalam dan Alhamdulillah, phone saya masih bernyawa lagi hingga ke saat nie.. Akan kusetia hingga ke akhir hayatmu wahai Nokia XpressMusic 5800 ᕙ(`▿´)ᕗ ..
Alhamdulillah :) tp legend la kak kin pkai lg phone ni :)
ReplyDeleteNokia 5300! Masih siqah simpan sebagai kenangan ❤️
ReplyDeleteAyunie Ramli : hehehe akak syg sgt phone tue, lgpun ianya tak rosak walau bnyk kali jatuh berderai.. =)
ReplyDeleteSiqah Hussin : Bagus, simpan ia sbg kenangan dan boleh tunjuk kat anak cucu nanti.. =) lagenda tue...