Kisah tomato..

Tuesday, October 04, 2016

Assalamualaikum wbt
Sama-samalah kita hayati cerita ini dan jadikan ianya pedoman untuk kehidupan kita, Insha Allah..



Image result for tomato pngSeorang guru meminta pelajar-pelajarnya utk membawa beberapa *tomato* dalam beg plastik ke sekolah.

Tiap *tomato* ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar-pelajar tersebut.
Jadi, bilangan *tomato* akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci.
Pada hari yg ditetapkan, Semua kanak-kanak membawa *tomato* mereka.
Ada yg memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, beberapa bahkan mempunyai 20 *tomato* mengikut bilangan orang yang dibenci mereka.

Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa *tomato* dengan mereka kemana-mana mereka pergi selama dua minggu.

Hari-hari berlalu, pelajar-pelajar mula mengadu tentang bau reput dan busuk *tomato* tersebut. Pelajar-pelajar yang banyak *tomato* mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.

Lepas seminggu, guru bertanya para pelajar
"Bagaimana anda rasa minggu ini ?"
Pelajar-pelajar mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat daripada *tomato,* terutama orang-orang yang membawa banyak *tomato.*

Guru berkata, "ini adalah amat serupa dengan apa yang anda bawa dalam *_hati_* anda apabila anda tidak suka kepada sesetengah orang".

Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan awak  membawa kebencian itu di mana-mana.

Jika awak tidak boleh tahan bau *tomato* rosak selama seminggu, bayangkan *_kesan kepahitan hati awak _* kerana awak membawa ia setiap hari."

Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan daripada rumpai yang tidak diingini.

*_Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencianawak ._* Ini akan membuat *_Ruang_* untuk menyimpan *_perkara yg baik2._*Ianya lebih baik, tidak pahit..

3 comments

  1. Campak je tomato tu kak kin. Tp sure klau jumpa tomato lain yg bsuk, tringat tomato kita yg bsuk dlu --'

    ReplyDelete
  2. Deep betul pengajaran dari guru dan tomato ni ye.
    InshaAllah akan cuba membuang buah-buah tomato itu dari hati ini.. :")

    ReplyDelete
  3. Deep.. harap boleh buang tomato yang tidak elok tu dari hati dan hidup ini :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧