Assalamualaikum
wbt..
Semalam
adalah hari terakhir hubby berada di rumah untuk bulan nie, dan dia
terpaksa kembali ke Sungkai untuk mencari rezeki keluarga kami.. Dan semalam
jugak ummie dan adik bongsu kembali ke rumah adik keempat kerana
tuntutan tanggungjawab.. Awak tau, semalam saya tak berapa sihat nak
memasak dan ummie saya mencadangkan kami makan kat luar..
*Sumber daripada Encik Google |
Hubby
saya nie memang dari dulu lagi dah berniat nak bawak ummie dan adik
beradik makan nasi arab di Restoran Al-Rawsha tapi disebabkan
kekangan masa, kami makan nasi arab di Restoran Saba' Cyberjaya..
Kami memesan Chicken Chop, Sup cendawan, Mandy Chicken ( quarter),
Hanith Chicken (quarter) dan Hanith Lamb dengan 2 air epal dan 2 air
lemon.. Oleh kerana terlalu lapar, kami dapat habiskan makanan
tersebut kecuali si bongsu, dan kami bungkuskan makanan yang tak
habis tue....
*Sumber daripada Encik Google |
Kemudian
kami bergerak dari restoran Saba' menuju ke Kampung Kemensah untuk
menghantar ummie dan si bongsu dan sampai di rumah adik keempat pada
pukul 5.30 petang.. Oleh kerana bas yang hubby nak naik untuk balik
ke Sungkai pada pukul 9 malam, kami hanya singgah sekejap saja dan
terus pulang ke rumah.. Bila dah sampai di rumah, hubby terus mandi
dan bersiap2 balik, sementara saya mengemas sikit barangan yang nak
dibawak balik.. Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.15 pm dan
seperti kebiasaan saya akan bertanya pada hubby samada dia ada
tertinggal barang ataupun tak, dan dengan yakinnya dia cakap semua
dah di bawak..
Semasa
dalam perjalanan, saya teringat yang bateri handphone hubby hampir
habis, lalu saya ingin mengecas tapi malangnya handphone tue
tertinggal kat rumah.. Mula2 kami ingat handphone terjatuh bawah seat
kereta tapi bila saya call memang takde bunyi.. Hubby cakap nak patah
balik memang tak sempat sebab bas akan bertolak pada pukul 9 pm..
Nasib
baik jugaklah hubby mempunyai dua nombor tapi handphone yang satu
lagi tue memang kehabisan bateri.. huhuhu.. Hubby suruh saya bawakkan
handphone tue pada 21hb nie disebabkan nak pergi konvokesyen adik
bongsu kat Ipoh.. Tapi dia rasa ralatlah sikit sebab nombor yang
selalu kami call adalah nombor Celcom dan ianya free bila kami call,
manakala nombor satu lagi adalah nombor Maxis, jadi mungkin akan
menaikkan bil saya... Dan untuk sementara nie, segala whatsapp dan
wechat hubby saya pantau dan akan laporkan pada hubby jika ada mesej
penting..
Nasib
baik la ada nombor back up, bolehlah jugak nak lepaskan rindu
walaupun bil akan melambung tinggi tak lama lagi, tapi bila rasa
rindu menguasai diri, akan saya harungi dengan penuh tabah..
Jaa
nee..
Hihi nk wt cm mne. Seb baik ade back up :)
ReplyDeletenasib ada hp backup kan.. cuba la guna google hangout ke.. boleh guna di komputer di web browser je..
ReplyDeleteBertabahlah bila duduk berjauhan suami isteri.. saya tak pasti samada kuat utk tempuhinya atau tidak. :"(
ReplyDeleteMujur ada back up. Klau tidak, pasti tak senang duduk. Huhu.
ReplyDelete