Tazkirah Jumaat #1 ; kenapa kita sering diuji dengan ujian..?

Friday, October 07, 2016


Assalamualaikum wbt..

Ujian yang datang itu bukan saja saja ditimpakan ianya ada kebaikan untuk kita, Kadang kadang ia nampak seperti teruk tetapi yang teruk itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita


(Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 216) 


Jangan kita berputus asa dengan rahmat Allah, setiap ujian itu pasti ada kebaikannya 
(Rujuk Surah Yusuf ayat 86) 


Dan yang pasti ujian yang kita hadapi itu adalah ujian yang kita mampu handle, bukan ujian yang diluar kemampuan kita 
(Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 286) 


Antara sebab mengapa adanya UJIAN dalam hidup? 
1) Allah sayang kita (” (HR. Ibnu Majah no. 4031, hasan kata Syaikh Al Albani).
2) Allah mahu hapuskan dosa kita ((HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
3) Allah mahu naikkan level iman kita (Surah Al-Ankabut ayat 2-3) 


Tips Ketika Diuji : Kalau diuji dan kita rasa terbeban dengan ujian tersebut, ingatlah pengorbanan dan ujian yang ditimpakan kepada Rasulullah. 



4 comments

  1. semoga ari ni kita mendapat keberkatan ye

    ReplyDelete
  2. Btol btol. Stiap mslh mesti ade hkmah :)

    ReplyDelete
  3. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Moga kita nampak apa hikmah yang tersembunyi itu :)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah..thnks share kak ikin..T_T

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧