Adik kesayangan tamat konvokesyen KKM | Second episode

Monday, October 31, 2016

Assalamualaikum wbt..
Okey, sekarang saya nak sambung citer perjalanan Ipoh saya pada Jumaat lepas.. Entri sebelum nie adalah mengenai citer pasal sehari sebelum adik konvo.. So entri kedua nie adalah citer pada hari konvo.. 

Konvo adik bermula pada 3 petang tapi kami perlu ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta pada pukul 11.30 pagi kerana adik perlu menjalani pendaftaran dan sedikit taklimat mengenai konvo.. Memandangkan hanya dua orang saja yang dibenarkan masuk di dalam dewan, hanya saya dengan ummie saja yang masuk dalam dewan manakala hubby dan adik lelaki hanya berlegar2 di perkarangan kolej.. Pada hari tersebut, rupa2nya konvo nie berlangsung pada empat hari berturut2 disebabkan graduan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia terlalu ramai.. Secara kebetulan adik dapat giliran untuk konvo pada hari Ahad, jika dia kena giliran pada hari Isnin atau Selasa, garu jugak kepala saya nie sebab perlu mengambil banyak cuti rehat sedangkan cuti rehat hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum tahun 2016 melabuhkan tirainya...

Sementara menunggu giliran sesi adik berlangsung, saya dan ummie sempat berlegar di kawasan kolej yang diserikan dengan pelbagai acara seperti gerai makanan, gerai jualan dan foodtruck.. Akhirnya pada pukul 1.45 petang, pintu dewan dibuka pada orang2 yang terpilih dan mempunyai tiket untuk masuk ke dewan dan acara berlangsung pada pukul 2 petang dengan permulaan acara dengan perarakan masuk para graduan dan para akademik.. Dan akhinya itulah hasilnya.. Tahniah adik sebab berjaya mengharungi dunia pembelajaran dengan cemerlang dan Kak Nur harap adik dapat menjadi seorang pembantu pembedahan gigi yang cemerlang pada masa kini dan pada masa hadapan.. 


Tahniah adik...

Graduan bergambar dengan family..

Akhirnya dapat jugak dua beradik nie bergambar..


Graduan bergambar dengan insan yang selalu menyokong dia siang dan malam... 

Graduan bergambar dengan seorang kakak yang selalu berikan semangat pada dia..hehehe

hehehe yang nie special kes... Thanks hubby sebab belikan bunga pada sayang..


Tengok gambar last tue, orang lain yang konvo tapi saya pun dapat bunga konvo jugak... hehehe memang dah lama saya mengidam nak dapat bunga dari seseorang dan akhirnya impian tue dapat dicapai.. Terima kasih bie sayang.. 
Nantikan episod akhir perjalanan saya ke Ipoh.. Ada yang tunggu ke..? Jaa nee..

4 comments

  1. Sweet dpt bunga jugak :)

    Mek konvo dlu pn dpt satu je bunga :)

    ReplyDelete
  2. wow bestnya dpt bunga..Unni konvo dulu pun dpt bnyk family kasi.. sampai skg simpan walaupun da layu..

    ReplyDelete
  3. Tahniahhhh :) Wahhhh dpt bunga jugak ><

    ReplyDelete
  4. good vibe sangat bila pergi konvo org hehe rasa nak konvo sekali :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧