Assalamualaikum wbt...
Baru-baru nie kecoh satu Malaysia tentang penyebaran video di laman sosial mengenai beberapa orang pelajar perempuan sekolah rendah yang dipaksa masuk merentasi dalam kolam lumpur dalam satu sesi kem jati diri.. Apa yang mengejutkan semua pihak adalah dalam kolam tue ada seperti seekor ular (mungkin ular sawa) yang menjalar di dalam kolam selain pelajar tersebut disembur dengan pancuran air menyebabkan beberapa orang pelajar terbabit menjerit ketakutan...
Sebenarnya kem jati diri memang bagus untuk diterapkan pada semua pelajar tak kira pelajar sekolah rendah, menengah malah pekerja di sektor kerajaan dan swasta jugak terlibat dengan kem jati diri nie... Tapi modul yang digunapakai oleh pihak pengajur dalam kes kem jati diri pelajar nie sememangnya tak boleh digunakan sama sekali apatah lagi melibatkan haiwan yang menjalar seperti ular.. Yea, ada sesetengah pendapat mungkin bersetuju dengan cara mereka sebab kata sesetengah pendapat tue, pada masa dulu mereka penah duduk dalam hutan keseorangan dan penah jugak masuk dalam kolam lumpur yang mempunyai lintah.. Soalnya awak pasti ke yang awak duduk berseorangan di dalam hutan tue..? sebab saya penah jadi salah sorang pemerhati dalam kem bina semangat atau kem jati diri dan setau saya sesi duduk dalam hutan keseorangan atau lebih dikenali sebagai sesi burung hantu memang awak tak duduk keseorangan, ada pemerhati yang memerhati setiap gerak geri awak sebab nak pastikan awak selamat dari segala bahaya.. yang pasal masuk dalam kolam yang ada lintah tue saya rasa takdelah bermasalah sangat sebab kat dalam sawah padi pun lintah berkeliaran di merata tempat dan bukannya ular seperti dalam video tue..
Okey, memang ular tue mungkin tak berbisa tapi camne jika ular tersebut membuat gigitan pada anggota badan pelajar tue? Luka gigitan tue mampu membunuh pelajar secara senyap sebab terlarut dalam air berlumpur yang memang dah sah2 ada kuman dan bakteria.. Sedangkan gigitan kucing pun luka boleh menjadi teruk apatah lagi dengan luka gigitan ular... Cara jurulatih tue menyiram air kepada pelajar jugak tak betul sebab taknak pelajar tue naik ke darat, adakah cara tue betul dan baik untuk dijadikan sebagai sandaran mencari jati diri pelajar tue?
Bagi saya, ada banyak cara lain lagi yang boleh dijadikan sandaran untuk mencari jati diri seseorang dan bukannya membahayakan orang.. Sebagai contoh, modul jati diri boleh diselitkan dengan modul keagamaan dan kesedaran dalam diri selain daripada aktiviti lasak.. Saya pun selalu jugak pergi ke kem jati diri sejak di zaman sekolah hinggalah bekerja di bawah bumbung Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, tapi setakat nie takdelah melibatkan modul yang membahayakan kami.. Mungkin agak tough sikit sebab fasilitatornya adalah kebanyakannya anggota bomba tapi mereka tetap menitikberatkan keselamatan kami, apatah lagi peserta di kalangan kakitangan sokongan dan bukannya anggota bomba...
Walau apapun, saya harap pihak fasilitator yang ingin mengajurkan sebarang aktiviti kem bina jati diri atau kem bina semangat perlu menjadikan video nie sebagai iktibar dan pengajaran agar kita perlu mementingkan keselamatan para peserta terlebih dulu dan buat checklist semula modul yang nak diajar, adakah ianya sesuai dengan usia atau tak.. Sebab jika dilihat pada video nie, berkemungkinan besar pelajar terbabit akan mengalami trauma yang amat dahsyat, berkemungkinan mereka lagi takde berkeyakinan dalam diri dan berkemungkinan kejadian nie akan berkekalan dalam memori mereka sehingga akhir hayat.. Ini cuma pendapat saya saja..
Peace no war..
setuju tu sis... :)
ReplyDeletememang melampau sangat...
ReplyDeletebanyak lagi cara lain nak guna...
trauma budak tu di buatnya
Setuju dengan pendapat awak.
ReplyDeleteGeram juga dengar cerita ni. Budak sekolah rendah kot. Bukannya budak yang masuk kursus nak jadi komander. Logik la sikit..
Trauma kot budak2 tu nanti..
Terkejut dengar cerita ni. Tak patut buat camtu walaupun ular tu jinak. Boleh trauma nanti budak2 tue.
ReplyDeleteAgak agak la nk buat cm tu. Budak kot. Kalau kem jati diri yg dh tua tua. Itu pon xleh nk beza --'
ReplyDeleteeeiii scarynya kalau ika memang takkan buat ala. geli kot. apa pun nak buat apa apa aktiviti kena la dengan tempat situasi dan keadaan
ReplyDelete