Review Restoran Pinggan² Nasi Kukus, Gong Badak

Friday, January 20, 2017

Sumber gambar : Google Images



Assalamualaikum wbt..
Pagi nie saya nak review pasal satu restoran yang agak istimewa iaitu Restoran Pinggan² Nasi Kukus di Gong Badak, Kuala Terengganu.. Kenapa saya cakap istimewa..? Sebabnya adalah restoran nie ada menyajikan nasi kukus yang sangat istimewa dan awak boleh pilih samada nak makan berlaukkan ayam goreng berempah ataupun ikan yang digoreng garing... Selain itu, restoran ini juga menyajikan lauk pauk kampung seperti ikan singgang, daging gulai, kentang yang digoreng bersama sambal..

Tengoklah menu-menu yang disediakan..






Nampak menyelerakan menu-menu dia..? Restoran nie jugak ada menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, korporat dan kerajaan, harganya pun agak berbaloi jugak sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang. Pakej katering mereka nie jugak ada menyediakan lengkap dengan peralatan seperti kanopi, scallop, kipas, set meja bufet, kerusi meja dan alas kerusi.. Peralatan mereka pulak eksklusif dan nampak mewah tapi mereka membawa konsep 'Eksklusif dan Mampu Milik'... 

Bagi harga katering untuk majlis perkahwinan, Pinggan² Nasi Kukus memberi harga yang agak berbaloi iaitu bermula dari RM7.50 untuk seorang, manakala untuk organisasi kerajaan dan korporat pulak katering sarapan hanya RM5 seorang dan untuk hidangan tengahari pula, restoran ini memberi harga dari RM8 seorang..Agak murah kan.. 

Jadi jika awak nak mencari hidangan tengahari dengan lauk pauk tradisional Terengganu, awak bolehlah singgah di Restoran Pinggan² Nasi Kukus yang terletak di alamat ini : Pinggan Nasi Kukus, Emporium Hock Kee Seng Gong Badak, Kuala Terengganu.. 


Selamat menjamu selera.. 


7 comments

  1. Sedapnya. Boleh try nanti bila blk ganu :)

    ReplyDelete
  2. nama restoran pun daj unik, rami jugak org Q nak makan sini

    ReplyDelete
  3. restoran yg myediakan menu tradisional lebih byk yg minat rasa ny bbanding mknn moden, wlu simple tp mbuka slera =) harga di sediakan pun bbaloi pula tu, mudah la nk buat budget

    ReplyDelete
  4. jengah sini pulak..tetiba berkeroncong pulak perut tgk lauk pauk tu..hehe

    ReplyDelete
  5. Amboi sampai luar beratur. Huhu telan air liur jelah hikhik

    ReplyDelete
  6. pergi terengganu nanti boleh cuba ni :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧