Ceritera lalu : Family day on CNY (Part 1)

Thursday, February 02, 2017

Assalamualaikum wbt..
Image result for sickHaii.. lama betul kan saya tak mengemaskini jurnal nie, maaflah yea..Sejak dua menjak nie mood nak mencoret berterbangan di angkasa dan berada di awang-awangan, tak tahu la kenapa.. Badan saya pun tak berapa sihat jugak nie, letih lain macam.. Apakah maksudnya..? 
Harap-harap doa kami sekeluarga dimakbulkan oleh Allah.. Ø¢Ù…ِÙŠّÙ†ْ... آمِÙŠّÙ†ْ... ÙŠَا رَ بَّ العَـــالَÙ…ِÙŠْÙ† .. 
Okeylah kita lupakan kisah sedih pedih nie.. Saya nak bercerita dengan awak nie mengenai family day saya di Tahun Baru Cina.. Baru-baru nie saya dikunjungi oleh ummie dan adik beradik saya yang datang daripada Terengganu untuk bercuti.. 

Sebenarnya percutian nie tak dirancang dan secara tiba-tiba saja mereka kata nak bercuti dan bermalam di rumah saya.. Kebetulan pulak suami pun balik sama, jadi saya dengan suami berpakat untuk buat BBQ di rumah kami..

Perancangan yang Allah buat memang cukup cantik sekali...Hari Rabu (25 Januari) suami saya balik ke Salak Tinggi, hari Jumaat (27 Januari) Ummie dan Iwan datang ke sini dengan penerbangan Airasia pada waktu pagi dan dalam masa yang sama Na'im and family datang ke sini dengan menaiki kereta dan singgah sekejap di rumah Azie di Kampung Kemensah.. Mereka sampai di rumah saya selepas waktu asar dan Nurul si bongsu datang ke rumah pada keesokan harinya.. Akhirnya dapat jugak saya berjumpa dengan ketiga-tiga anak sedara yang comel-comel, Naqiuddin, Nashiruddin dan Salsabila, yealah dah lama tak berjumpa dengan budak-budak comel nie, rasa geram jea tengok gelagat mereka.. Lebih-lebih lagi si Naqiuddin.. Bila kita dah dukung Nashiruddin atau lebih dikenali sebagai Nash, dia pun nak berdukung sekali.. huhu patah pinggang Ummie Nur nie abang Naqiu ooiii tapi memang seronok.. 

Starlavenderluna's Journal Of Life
Dari kiri : Salsabila, Walid Na'im, Nashiruddin dan Naqiuddin

Aktiviti BBQ kami bermula pada hari Sabtu, sebelah pagi saya menyiapkan barangan nak buat BBQ seperti memerap ayam dengan menggunakan sos BBQ dan barangan yang lain.. Menu kami pada hari tue adalah, ayam BBQ, sosej BBQ, daging burger BBQ, mee spagetti goreng, dan spaggetti sup campbell..  

Setelah siap perap ayam, kami sempat pergi ke IKEA Cheras untuk kali pertama, dan di sinilah bermulanya kekecohan antara kami, hihi.. dah macam nak berperang aje suasana kami, tapi takdelah berperang.. Pada mulanya kami nak ke IKEA Damansara tapi secara tiba-tiba kami tukar rancangan di saat-saat akhir untuk ke IKEA Cheras sebab berdasarkan maps Waze, IKEA Cheras lebih dekat lokasinya jika dibandingkan dengan IKEA Damansara.. Lagipun masa tue kami tengah kejar masa untuk ber 'BBQ' malam nanti.. 

Kami terpaksa berkonvoi dengan 2 buah kereta, dan dapatlah kami merasa kereta baru daripada Cik Nurul (panggilan anak sedara kepada mak sedaranya).. hihi.. Saya bersama-sama dengan suami saya, ummie, mama Azie, Cik Nurul serta baby Salsabila.. Haa tengoklah gambar nie, yang lain-lain menyorok di belakang sebab taknak bergambar, bahaya kata ummie saya.. hihihi..

Starlavenderluna's Journal Of Life
Budak perempuan yang suka bergambar.. 

Manakala sebuah lagi dinaiki oleh Na'im and family dan Iwan sebagai co-driver.. Baby Salsabila nie sukakan pemandangan jadi dia merengek nak duduk di depan bersama saya, tak berkelip kot matanya melihat banyak kereta yang lalu lalang, berwarna warni..Tapi kejap aje dia tengok lepas tue dia keluarkan bunyi untuk mengulit dia tidur sebab masa dia baby tok-ummie selalu mengulit dia tidur.. huhuhu terpaksa la saya mengulit dan menepuk perlahan-lahan untuk menidurkan Salsabila...

Bila dah sampai kat parking kat IKEA, kami adik beradik dan suami bergilir-gilir untuk mendukung dua orang baby nie, serta Naqiu yang suka ambik perhatian kitorang untuk bercakap dan mendukung dia... 

Starlavenderluna's Journal Of Life
"Ala, Mama Azie nie, Naqiu pun nak bergambar jugak.. Salsabila dah tidur jadi biar Naqiu jadi model.."

Masa tengah  meronda tengok barangan, ummie terserempak pulak dengan officemate dia dan diorang pun bersembang manakala kami pulak berlegar-legar area situ sambil melihat dan duduk di sofa yang empuk.. hihi memang tak malu kan..

Starlavenderluna's Journal Of Life
Sementara tunggu ummie habis bersembang dengan officemate ummie kami berdua test keempukan sofa.. hihi


Starlavenderluna's Journal Of Life
Naqiu yang bergambar dengan Paklong dia.. Memang budak yang suka bergambar.. 

Bila dah habis round satu bangunan IKEA, kami pun balik ke rumah pada pukul 3.30 petang dan sempat singgah di R&R Seri Kembangan Lebuhraya MEX untuk bersolat dan kami sampai di rumah tepat jam 5.45 petang.. Masa nie la masing-masing kepenatan dan semuanya tertidur hingga tersedar pada jam 6.45 petang.. Selepas solat Maghrib, kami pun bersiap-siap untuk mulakan aktiviti membakar dan memasak.. Kebetulan saya menjemput jugak jiran saya yang paling rapat dengan saya untuk sama-sama menikmati juadah kami (ewaahhh ayat macam hari raya)... Suami pun ada menjemput jugak adiknya yang paling bongsu bersama keluarga penjaga dia untuk menikmati juadah dan kiranya memang meriah la malam tue... Mana taknya, pihak lelaki menyediakan menu BBQ, pihak perempuan pulak ada yang sediakan air minuman dan memasak spagetti.. huhu meriah, tapi mintak maaf la sikit jea gambar yang sempat dirakam sebab masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing...
Starlavenderluna's Journal Of Life
Pihak lelaki buat persiapan BBQ.. Naqiu tue sibuk jugak, sibuk tengok orang buat kerja.. hihi

Starlavenderluna's Journal Of Life
Tengah membakar ayam di halaman rumah..  
Starlavenderluna's Journal Of Life
Ayam yang sedang dibakar..

Tapi dalam ramai-ramai tue, si Naqiu yang paling seronok sekali sebab dapat berjumpa dengan ramai kawan baru seperti adik ipar yang paling kecik, dan anak-anak jiran.. Dialah yang paling kecoh mulutnya bersembang walaupun adakalanya tak berapa faham untuk didengari.. 

Starlavenderluna's Journal Of Life
Tengoklah Naqiu, bukan main seronok lagi jumpa dengan kawan baru.. Yang berbaju hijau tue adik ipar yang paling bongsu.. Budak yang pakai tudung tue anak-anak jiran saya.. 

Alhamdulillah, dah selesai acara family day kami di Salak Tinggi.. Itu baru part 1, nak tengok part 2..? Tunggu yea.. !

Jaa nee..

3 comments

  1. Patut lah tengok jarang dah update entri. Semoga sembuh dan semoga tercapai doa2 tue insyaAllah. Amin amin ya Rabbal'alamin. 😘

    ReplyDelete
  2. Semoga sudah semakin sihat...
    Semoga yang didoakan itu akan dimakbulkan Allah..

    ReplyDelete
  3. Akak tak sihat rupanya ye. Lain macam tu adakah petandanya? Hii ��

    Semoga akak cepat sembuh dan kembali semangat untuk blogging ye :)

    Comelnyaaaa Salsabila. Nama seindah kecomelannya ❤

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧