8 tempat pejalan kaki yang paling menarik dan unik...!

Wednesday, March 08, 2017


Assalamualaikum wbt,

Saya nak berkongsi sikit pasal tempat laluan pejalan kaki yang paling menarik dan unik di dunia nie... Dalam dunia nie memang terdapat banyak tempat yang menarik dan unik dan tempat pejalan kaki pun ada keistimewaannya yang tersendiri.. 


Image result for Wisteria Tunnel



















Wisteria Tunnel, Jepun
Terletak di Taman Kawachi Fuji, Kota Kitakyushu jalan siar kaki ini adalah sepanjang 80 meter. Berkonsepkan tradisional, siar kaki ini dikelilingi pohon anggur yang menjalar meliputi bumbung yang berbentuk kubah. Setiap kali menjelang pertengahan bulan April, pokok-pokok yang menjalar ini akan mengeluarkan bunga-bunga yang sangat cantik dan berwarna-warni.



Image result for Plitvice lake

Tasik Plitvice, Croatia
Tasik Plitvice ini terletak di Taman Negara Tasik Plitvice, Croatia. Menariknya tasik ini dikelilingi dengan tiga buah gunung dan ianya telah didaftarkan oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia sejak 1979. Di sini, terdapat 16 buah tasik semula jadi yang dipisahkan dengan empangan semula jadi. Untuk memudahkan orang ramai melawat dan melihat ekosistem hutan dengan lebih dekat, 2 buah jalan siar kaki dibina sepanjang 9km di Plitvica dan Carkova Uvala sepanjang 21km dengan bantuan papan tanda dan juga pemandu pelancong.


Image result for love tunnel

Terowong Cinta, Ukraine
Laluan tersebut terletak di Kleven, Ukraine. Suasana di kawasan ini sangat indah dan mempersonakan. Sebenarnya laluan keretapi ini tidak memiliki terowong; ianya disebut Tunnel Of Love kerana dikelilingi pepohonan yang dibentuk hingga menyerupai terowong sejauh 1km.


Image result for bamboo forest kyoto

Hutan Buluh, Jepun
Hutan buluh kecil Sagano terletak di Sagano Arashiyama (kira-kira 25 minit dari pusat bandar Kyoto). Ianya merupakan sebuah hutan buluh yang rendang dan memiliki lorong siar kaki di tengah-tengahnya. Lorong siar kaki ini kelihatan sangat cantik ketika cahaya matahari menembusi celah-celah batang buluh yang menjulang tinggi. Bagi mereka yang meminati fotografi, ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mengambil gambar.

Image result for haiku stairs

Anak Tangga Haiku, Hawaii
Anak Tangga Haiku adalah sebuah jalan siar kaki yang dibina khas untuk para pendaki di Pulau O'ahu, Hawaii. Terdapat 3922 mata anak tangga setinggi 850 meter bagi memudahkan pendakian di gunung Koolau. Ianya diberi nama jolokan 'Tangga menuju ke syurga' kerana ianya kadang kala diliputi awan di puncak gunung.

Image result for Santorini walk street

Jalan Siar Kaki Santorini, Yunani
Pada tahun 1715, kaum 'die' telah membina siar kaki di sekitar gunung supaya mereka boleh mendaki ke puncaknya. Selain itu, ianya juga digunakan sebagai laluan transportasi untuk keldai mereka yang mengangkut barang dan penumpang dari pelabuhan ke bandar. Pada tahun 1930 jalan ini telah diperbaiki dan ketika itu, bilangan keldai ditambahkan untuk mempercepatkan penghantaran barang. Pada tahun 1979 ianya ditambah baik dengan teknologi kereta gantung untuk memudahkan proses pengangkutan, tetapi sayang masyarakat di sana lebih senang menggunakan keldai. Panjang jalan siar kaki ini adalah sejauh 1300 meter.

Image result for tembok besar china

Tembok Besar China
Tembok Besar China mula dibina pada abad ke-9 sebelum Masihi. Demi menghalang pencerobohan suku kaum di bahagian utara. Pada hari ini, Tembok Besar China tidak lagi memiliki 6700km, kerana 30% dari binaannya telah mengalami kerosakan teruk tapi bahagian-bahagian yang musnah itu kini memberikan para pengunjung tempat rekreasi terbaik kerana kawasan yang musnah itu telah dibina muzium, kedai dan tandas di sana.


Image result for The Dark Hedges, Ireland

The Dark Hedges, Ireland
Sebuah lorong siar kaki yang dikelilingi pohon beech ini dikenali sebagai "The Dark Hedges" oleh penduduk di sana dan berumur sekitar 300 tahun. Ada sekitar 100 pohon berjuntai di sepanjang jalan Bregagh dekat desa Stranocum, Ireland Utara. Daerah ini memiliki banyak sekali tempat-tempat yang sangat menarik untuk mengambil gambar sekaligus menjadikannya tempat yang begitu terkenal di kalangan jurufoto di dunia.

Image result for starlavenderluna

6 comments

  1. MasyaAllah cantik sgt pemandangan tu. Impian ana nak ke tembok besar china dan jepun. Doakan semoga ada rezeki ana ke sana ye.

    ReplyDelete
  2. Sekarang saya tengah kumpul duit nak pergi hutan buluh tu. Hihi semoga tercapai=)

    ReplyDelete
  3. Bamboo Forest alhamdulillah dah sampai memang cantik dan tenang tempatnya.... 😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Cantiknya.. Subhanallah..
    Kak Sha teringin nak lalu dekat terowong cinta, Ukraine tu.. cantik sangat..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧