Misteri yang belum terjawab sehingga sekarang : Wanita Ais

Wednesday, April 19, 2017

Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma.. Hihi maaf lama tak bersiaran, saya ambik masa yang lama untuk menaip sesuatu cerita.. Alahai, cerita ke..? Okey, hari nie saya nak berkongsi satu cerita pada awak tentang tajuk yang tertulis kat entri utama.. Yea.. Misteri yang belum terjawab sehingga sekarang, wanita ais.. Apa benda tue...


Kisahnya berlaku pada 20 Disember 1980 di Minnesota, Amerika Syarikat, seorang gadis yang bernama Jean Hilliard telah membeku atau dalam bahasa omputihnya hibernate dalam ais yang tebal... Pada masa tue, dia nak balik ke rumahnya di Lengby, Minnesota dengan menaiki kereta, merentasi ais yang tebal. Kemudian, secara tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk akibat melalui ais yang tebal.. Dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kereta dan berjalan pulang ke rumah jiran yang berhampiran, kerana dia takut akan mati kesejukan jika dia terus menunggu di dalam kereta. Tapi jangkaan Jean meleset kerana rumah jirannya tue lebih jauh yang disangkakan dan dia terus berjalan merentasi ais yang tebal dengan suhu yang mencecah 25 darjah di bawah sifar, maknanya suhu yang sangat-sangat sejuk.  

Image result for ice woman in minnesota
Inilah gadis yang menjadi patung ais

Kaki Jean menjadi semakin sejuk dan dia berjalan dengan lemah serta penat merentasi angin sejuk. Kali terakhir yang dia ingat adalah dia berjalan dengan bersusah payah ke rumah jirannya sejauh dua batu, kemudian pada pukul 1 pagi, dengan hanya beberapa langkah saja dari rumah jiran, Jean terjatuh. Selama 6 jam dia terbaring dan tidak sedarkan diri di atas salji yang tebal dan dengan suhu sebegitu telah menukarkan dia seperti sebuah patung ais.


Pada pukul 7 pagi, Wally Nelson yang merupakan jirannya telah menemui Jean yang terbaring kaku, membeku seperti ais.. Dia sangka Jean telahpun mati dan terus membawanya ke Hospital Fosston Municipal. Sampai saja di hospital, para doktor dan pakar perubatan cuba untuk selamatkan gadis malang. Menurut kata Dr. George Sather,

"We couldn't take her temperature because there was no place I could put the thermometer. I couldn't open her mouth. I couldn't raise her arm and she was frozen solid, as stiff as a log covered with ice. None of her joints were moving. Her eye lids were frozen solid and her eyes didn't respond to light. Her skin was too hard to pierce with needle and even later, when we could get a pulse, she was only getting eight heartbeats a minute. She was a frozen stiff, like a piece of meat out of a deep freeze."  

Dan kata seorang jururawat yang melihat keadaan Jean,

“She was so cold, it was like reaching into a freezer, like picking out a frozen stick of wood. Her face was absolutely white. Just this ashen, death look. We did hook her up to the monitor, and we got this agonal rhythm-- like one beat. It was just like one and nothing. Then two. We knew that we had something, but that's a death rhythm.”

6 jam sudah cukup membuatkan Jean bertukar menjadi seperti patung ais dan ahli keluarga Jean mengharapkan keajaiban akan berlaku tapi menurut kata doktor, Jean mungkin akan cacat anggota badannya akibat hipotermia yang serius. Tapi keajaiban memang berlaku, Jean tak mengalami apa-apa masalah kesihatan yang serius malah anggota badannya tidak menjadi cacat..

Image result for hypothermia

Apa itu hipotermia? Ianya adalah pengurangan suhu badan yang berlaku apabila haba di dalam badan telah diserap dengan banyak. Seorang manusia yang ditakrifkan mempunyai suhu teras badan di bawah 35.0°C (95.0°F). Gejalah hipotermia nie bergantung pada suhu sejuk dan ada tiga kategori hipotermia iaitu hipotermia ringan seperti simptom menggigil dan kecelaruan pada mental, manakala simptom untuk hipotermia sederhana pulak adalah seseorang tue akan berhenti menggigil dan bermulalah kecelaruan mental yang semakin teruk hingga mungkin menyebabkan halusinasi ataupun koma. Simptom hipotermia yang paling teruk adalah bila seseorang akan bertindak paradoks secara ganas dengan menanggalkan pakaian dan ini akan meningkatkan risiko jantung akan berhenti berdenyut.

Image result for ice woman in minnesota
Hanya Allah saja yang tahu di sebalik keajaiban ini

Kisah Jean Hilliard nie masih menjadi misteri di kalangan pakar perubatan, bagaimana dia boleh teruskan kehidupan tanpa ada sebarang tanda hipotermia.. Tapi itu semuanya kuasa Allah, hanya Dia saja yang tahu apa yang berlaku..  

Image result for shikin razali

11 comments

  1. cerita yang ajaib.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    ReplyDelete
  2. xda yg mustahil dgn kuasa Allah swt =)

    ReplyDelete
  3. Gambar atas sekali tu rupa Didi Alias pun iya jugak.

    Sesungguhnya tiada yang mustahil dengan izinNYA.

    ReplyDelete
  4. Kekuasaan Allah tu mengatasi segalanya.. Takutlak baca cerita ni..

    ReplyDelete
  5. SubhanaAllah.. Besar sungguh kekuasaan Allah bila Dia mengkehendaki..

    ReplyDelete
  6. Betul tu tiada yg mustahil dengan kuasa Allah

    ReplyDelete
  7. Berdasarkan apa yang saya belajar.. hypothermia boleh terjadi bila seseorang itu minum alkohol dalam kuantiti yang banyak dan memang betul ia boleh membawa kepada kematian. Bahayanya alkohol kepada manusia. Allahu...

    Hye, jom datang baca post baru AMERZING || http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/men-minimalist-fashion.html

    ReplyDelete
  8. di luar pemikiran kita. tak terjangkau!
    ilmu Allah tu sgt luas. kuasa Allah tu sgt besar.

    ReplyDelete
  9. nice sharing.
    di sebalik cerita ada info sains yg berguna utk pembaca :)
    terbaik sis

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧