Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma..! Saya nak berkongsi sikit info mengenai mitos berkaitan dengan garam.. Pengambilan garam secara berlebihan memang akan memudaratkan kesihatan kita tapi awak tau tak ada 7 mitos yang menceritakan tentang garam..
So, apakah mitos-mitosnya : -
Mitos pertama
Awak perlu mengelakkan penggunaan garam sepenuhnya untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik.
Fakta : Garam merupakan nutrien penting yang mengawal tekanan darah dan diperlukan untuk memastikan saraf dan otot bekerja berfungsi dengan betul, tetapi anda memerlukannya pada amaun yang tepat.
Mitos kedua
Sea salt kurang mengandungi natrium berbanding table salt.
Fakta : Sea salt lebih popular tetapi tidak bermakna ia kurang masin. Seperti table salt, ia mengandungi 40 peratus natrium.
Mitos ketiga
Saya jarang menambah garam pada hidangan jadi saya tidak mengambil banyak garam.
Fakta : Sekitar 75 peratus penggunaan garam Amerika Syarikat adalah daripada makanan terproses - bukan daripada salt shaker. Sebab itu, adalah sangat penting membandingkan label dan saiz hidangan pada fakta pemakanan.
Mitos keempat
Kandungan garam yang tinggi HANYA terdapat pada makanan.
Fakta : Sesetengah ubat-ubatan yang dibeli di farmasi mengandungi paas natrium yang tinggi. Awak harus membaca label pada ubat kerana ada syarikat yang menghasilkan ubat-ubatan yang rendah kandungan garamnya.
Mitos kelima
Makanan yang kurang garam tiada rasa.
Fakta : Terdapat pelbagai alternatif yang berperisa kepada garam.
Mitos keenam
Paras tekanan darah saya NORMAL, jadi saya tidak perlu bimbang mengenai berapa garam yang diambil.
Fakta : Bagi individu yang mempunyai paras tekanan darah yang normal, amalan kurang mengambil garam mampu mengelakkan peningkatan paras tekanan darah yang sering terjadi seiring dengan peningkatan usia dan mendedahkan awak kepada risiko penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, yang dikaitkan dengan tabiat mengambil garam berlebihan.
Mitos ketujuh
Saya kurang mengambil makanan masin, jadi saya tidak makan garam secara berlebihan.
Fakta : Makanan seperti daging, keju dan roti mengandungi garam berlebihan boleh meninggikan risiko serangan jantung dan strok.
Okey, itulah 7 mitos mengenai garam.. Apapun kurangkan garam dalam pemakanan kita agar kehidupan kita menjadi lebih sihat...
wow! bagus info ni.. papepun berpada-pada dalam pengambilan garam. sy memang jenis suka masin/kuat masin sampai suami selalu tegur..huhuhu
ReplyDeleteJom join GA auroma scents. http://namaakufazahirah.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents-2017.html
kurangkan garam lebihkan senyuman cewahh
ReplyDeletePerkongsian yang ohsem Shikin..
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeleteinform yang sangat berguna ...tq shikin
ReplyDeletePerkongsian yang menarik sekali..
ReplyDeletebaru tahu rupanya garam nie ada di dalam semua makanan
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Info yg bagus ni shikin.. tq sharing kat sini.. leh jugak tahu.. hehehe
ReplyDeleteKalau taknak tangan rasa panas bila asingkan cili & tangkai, lumur garam di tapak tangan 😉
ReplyDelete