Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma..! Saya nak kongsi cerita sikit pada awak, semoga ianya menjadi teladan pada kita suma di bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Ianya kisah seekor siput...
Ada seekor siput ๐ yang selalu memandang sinis terhadap seekor katak ๐ธ .. Suatu hari katak ๐ธ yang sudah hilang kesabaran akhirnya bertanya kepada siput ๐.. "Wahai siput ๐, apakah saya telah melakukan kesalahan sehingga awak begitu membenci saya?"
Siput ๐ menjawab, " Kalian kaum katak ๐ธ mempunyai empat kaki dan dapat melompat ke sana ke mari, tetapi saya pula terpaksa membawa cengkerang ๐ yang berat ini, terpaksa merangkak di atas tanah, jadi saya berasa amat sedih dan cemburu melihat awak. "
Lalu si katak ๐ธ menjawab, " Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing-masing, awak hanya melihat kegembiraan saya saja, tetapi awak tak dapat melihat penderitaan kami semua."
Dan seketika itu, ada seekor ular ๐ besar sedang menuju ke arah mereka, siput ๐ dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang ๐ sedangkan katak ๐ธ menjadi mangsa si ular ๐.. Siput ๐ berasa terharu dan akhirnya baru sedar... Ternyata cengkerang ๐ yang dimilikinya BUKAN merupakan satu bebanan.. tetapi ianya adalah kelebihannya...
Jadi, nikmatilah kehidupanmu๐.. Tak perlu kita bandingkan kehidupan kita dengan orang lain... Sifat iri hati kita terhadap orang lain sebenarnya akan membawa lebih banyak penderitaan..
Rezeki bukan selamanya berupa emas atau permata ๐, atau wang ๐ฐ yang banyak, bukan pula saat kita di dalam rumah yang mewah ๐ก dan pergi ke mana-mana dengan berkereta ๐...
Rezeki juga adalah berupa sebuah jiwa ๐ dan hati ๐ yang tenang.. Hati akan menjadi tenang bila kita selalu menghargai dan mensyukuri apa yang ada.. Hidup ini janganlah kita selalu merungut ataupun selalu mengeluarkan perkataan 'susah'... Kerana yang 'susah' itu mungkin ada hikmah di sebaliknya yang hanya Allah saja yang tahu..
betul tue
ReplyDeleteSetuju janganlah dengki mendengki.
ReplyDeleteSetiap orang ada rezeki masing-masing
Betul tu. Kena Sentias bersyukur dgn apa yg ada.
ReplyDelete=') btl. wlu sikit, bsyukur la dgn pa yg kita ada.. pesanan yg dalam untuk sbuah kisah yg pendek =)
ReplyDeleteTerbaik cerita ni... Dpt memberi kesan pada lea.. Thankz shikin.. :)
ReplyDeleteMemberi pengajaran cerita ni. Betul kak, kita tak perlu nak bandingkan life kita dengan orang lain. Masing2 ada rezeki sendiri =)
ReplyDeletesetuju..lain orang lain rezekinya
ReplyDeleteSetuju sangat..
ReplyDeleteBest cerita ni
ReplyDelete