Assalamualaikum wbt..
Senggugut adalah salah satu kesakitan ketika datang haid yang dialami oleh sesetengah wanita.. Ada yang kata, senggugut nie adalah sakit yang kedua paling menyakitkan selepas bersalin.. Biasanya kita akan telan ubat tahan sakit ataupun panadol untuk mengurangkan kesakitan yang adakalanya berlanjutan sehingga dua ke tiga hari...
Tapi awak tau tak kesakitan senggugut yang melampau adalah petanda kepada penyakit endometriosis? Untuk pengetahuan endometriosis nie bukanlah senggugut tetapi senggugut yang teruk merupakan simptom endometriosis. Ia masalah yang selalu terjadi di kalangan wanita dan dua pertiga daripadanya berpunca daripada ketidaksuburan wanita. Sengggut nie terjadi adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Senggugut boleh terjadi dalam dua keadaan iaitu dismenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya.
Awak tahu tak..?
Penyakit endometriosis adalah satu keadaan yang luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama dengan darah haid. Oleh itu, campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan gelaran darah haid atau lebih dikenali dengan masyarakat melayu 'darah kotor'.
Dismenorea primer
Jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin takkan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Punca jenis ini adalah termasuk :
Ketidakseimbangan bahan kimia - oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh boleh menyebabkan senggugut.
Genetik - ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting. Sekiranya awak mengalami sakit senggugut, besar kemungkinan ahli keluarga lain juga turut sama mengalaminya.
Dismenorea sekunder
Dismenorea sekunder ini terjadi apabila senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih selepas kedatangan haid yang pertama. Sesetengah senggugut jenis ini dapat diubati dengan memakan pil penahan sakit dan memerlukan rawatan lanjutan daripada doktor. Ianya disebabkan :
➤ Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
➤ Jangkitan
➤ Radang rongga pelvis
➤ Endometriosis
➤ Penyakit usus seperti apendisitis
➤ Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
SIMPTOM SENGGUGUT
◆ Sakit mencengkam, kejang ataupun kedua-duanya pada bahagian pelvis
◆ Sakit tersebut boleh melarat ke bahagian pinggang dan peha
◆ Sakit senggugut boleh juga terjadi dengan simptom-simptom sampingan seperti sakit kepala, loya, muntah, sembelit atau cirit birit, pitam, sakit dan rasa bengkak pada payudara dan abdomen.
TIPS UNTUK MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT
✓ Amalkan sikap positif dan bertenang. Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut. Awak boleh cuba buat perkara lain yang boleh menenangkan awak. Bagi umat Islam, awak boleh perbanyakkan bacaan zikir dan terus berdoa agar kesakitan dapat dikurangkan.
✓ Awasi garam dalam makanan. Pengambilan garam yang berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika datang bulan. Makanan ringan merupakan contoh makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Jadi awak perlu elakkan makanan ringan untuk beberapa hari sebelum datang bulan.
✓ Gunakan pad pemanas. Ianya adda dijual di farmasi dan ia juga boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan botol air yang berisi air panas, kemudian dibalut dengan tuala sebagai alat tuam. Awak juga boleh mandi air suam untuk mengurangkan kesakitan.
✓ Minum air suam. Elakkan minum minuman sejuk dan berais. Awak boleh cuba minum air halia madu, caranya semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Kemudian awak boleh minum setelah ianya menjadi suam.
✓ Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan yang panas dan berangin dengan mengurut secara lembut. Awak juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.
PETUA SEMULAJADI
❢ Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan tumbuk sehingga halus. Campurkan secawan air suam dan minum untuk 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang bulan.
❢ Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu jari dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam dan ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dengan air panas. Minum setiap hari pada waktu malam.
❢ Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantitinya perlu sama banyak di antara kedua-dua bahan. Makan campuran tersebut dalam seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan haid.
❢ Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segala rebusan ini diminum selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Alhamdulillah.. Lea cuma pernah kene time sekolah dulu jerk..
ReplyDeletealhamdulillah MV takda sengugutni
ReplyDeleteanum time sekolah teruk
ReplyDeleteAlhamdulillah tak pernah merasa senggugut ni...kesian tengok kawan2 yg kena. sakit pinggang sikit2 tu adalah.
ReplyDeleteKena jaga kesihatan betul2. Minum air byk2 dan rehat secukupnya. Kalau taj bertambah sakit dibuat nya
ReplyDeleteSha jarang kena.. Tapi bila sesekali kena, memang berguling-gulinglah.. Selalunya tuam air panas dekat perut je untuk redakan sakit..
ReplyDeleteSiqah kalau datang masalah sengugut, minum air suam dan sapu losyen pati halia yang warna merah. Rasa berangin perut dan alhamdulilah biasanya okay lepas beberapa jam..
ReplyDeleteAlhamdulillah, buat masa n tak pernah kena senggugut. Tapi ada sorang kawan ni, bila kena senggugut sampai terguling-guling menahan sakit
ReplyDeleteMakan biolife fish oil alhamdullillah sengugut tak ada dah
ReplyDeleteadakah normal bagi perempuan mengalami senggugut setiap kali period?
ReplyDelete