Cara terbaik pujuk pasangan

Saturday, July 22, 2017


Assalamualaikum wbt..
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.. Buang yang keruh ambil yang jernih.. Beru teguh peribadi.." Itulah antara bait-bait lirik lagu P.Ramlee mengenai perhubungan suami isteri.. Suami isteri sememangnya tak dapat lari daripada melakukan kesalahan dalam perhubungan, ada masanya diri kita dikuasai emosi sehingga kita melukakan hati dan perasaan pasangan kita.. 

Keadaan yang tegang nie jika tak ditangani dengan baik mungkin akan memudaratkan dalam perhubungan mungkin juga akan menjadi penyebab perpisahan.. Jadi dalam hal sebegini, sama ada suami atau isteri harus buat sesuatu untuk memperbaiki masalah dan salah satunya adalah pujuk pasangan awak.. Antara cara terbaik adalah :

Nilai diri dan cari penyebab
Ada baiknya kita menilai kembali diri sendiri dan pasangan. Cari punca masalah yang menyebabkan hubungan tak harmoni. Jangan kita biarkan emosi dan ego menguasai diri lebih lama.

Tunjukkan kekesalan
Tindakan ini akan membuatkan pasangan kembali mempercayai kita setelah berlaku kejadian yang membuat hubungan kita menjadi renggang. Cara permohonan maaf dengan perasaan tulus dan ikhlas akan memungkinkan pasangan akan membuka pintu hati dan bersedia memperbaiki hubungan.

Ubah sikap
Keretakan hubungan mungkin disebabkan oleh sikap kita atau pasangan yang terlalu mendomimasi hubungan. Apabila ini terjadi, sebaiknya ubahlah sikap yang tak memberikan rasa selesa kepada pasangan kerana ianya meberi kebaikan dan keutuhan perhubungan kita dan pasangan kita.

Image result for islamic couple

Memberi perhatian dan memahami
Ada baiknya kita memperbaiki hubungan yang sedang bermasalah dengan mula memberikan perhatian yang mungkin selama ini kita abaikan. Jadilah orang yang memahami dan bukannya mejadi seorang yang mencemburui pasangan tanpa alasan ataupun selalu menuduh perkara yang belum tentu kesahihannya...

Berjanjilah tidak akan mengulangi
Meminta maaf dan menyakinkan pasangan yang kita takkan mengulangi kesalahan yang sama adalah KUNCI untuk mendapat kepercayaannya lagi. Sesukar manapun kita melakukannya, kalau kita mampu membuktikan bahawa kita mampu berubah, maka pasangan akan kembali seperti biasa.

Kawal emosi
Bukannya mudah untuk mengendalikan emosi ketika marah. Namun, demi kebaikan bersama kita harus belajar sabar dan mengawal amarah  agar tidak menjejaskan hubungan. 

12 comments

  1. Nice tip shikin... Tapi kengkadang maleeeeehhh nak memujoknye sebab kite pun dia tak pujok.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Kena pandai handle bila sedang dlm kemarahan. Tp kadang2 Salah faham ni Akan lagi mengerjakan lg hubungan kan

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing sis...betullah kan, kena kawal emosi selalu dlm bab rumahtangga..
    Kalau dgn org luar boleh ja sabar dari nak marah2 kan, bolrh ja kawal emosi kan, so dgn pasangan masing2 ni pun mesti kena sabar dan kawal emosi berganda2 ...

    ReplyDelete
  4. Dalam berumahtangga proses pembelajaran sentiasa berterusan..sama-sama manusia biasakan...sabar...insyaAllah ok..nice sharing..alhamdulillah terima kasih. :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah tersenarai dalam bloglist mrs pip Julai-Ogos 2017 :)

    ReplyDelete
  6. Ada pasang surut dalam sesuatu perhubungan tu. Sedangkan lidah lagi tergigit kan. Yg penting kena muhasabah diri masing2 dan sentiasa bertolak ansur.

    ReplyDelete
  7. Biasanya pmpuan time senyap tu elok laa, skali tk tahan habis kena sembur 😌 Ape ape pon, cari pnyelesaian yg trbaik, gaduh ni untuk matangkan hubungan 💪🏻

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang bagus.. Ohsem shikin..

    ReplyDelete
  9. nak kawal emosi tu yang paling susah sekali lepastu belakang hari suka sangat mengungkit padahal dah janji dengan diri sendiri nak lupakan

    ReplyDelete
  10. Kadang tu berjanji xkan ulang tapi still ulang jugak. Tu yang makin tmbh2 marah.huhu

    ReplyDelete
  11. SA jenis x reti nak pujuk kalau en tunang merajuk..dia pun macam tu..sendiri merajuk sendiri pujuk...

    ReplyDelete
  12. sy tak pandai merajuk. Kalau dia merajuk biarkan ja dia cool sendiri hahaha

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧