Raya..Raya.. Part 2..

Tuesday, July 04, 2017

Assalamualaikum wbt..
Okey kita sambung semula citer pagi tadi, kisah hari raya kedua... Roll VT..

Selalunya hari raya kedua, keluarga mertua akan beraya di Kampung Gajah, Teluk Intan kerana ramai sedara mara mereka tinggal di sana.. Kami bertolak dari Sungkai pada pukul 10 pagi dan macam biasalah, nama pun beraya, jalan ke sana menjadi agak sesak.. So kami sampai di Kampung Gajah pada pukul 1 tengahari, beraya dengan sanak saudara yang begitu ramai serta meriah.. Kemudian kami semua berkonvoi  untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kampung Batak Rabit untuk menikmati udang segar yang baru dinaikkan daripada sungai.. Masa nie tak banyak sangat gambar diambik disebabkan masing-masing sibuk bercerita hingga terlupa nak ambik gambar untuk kenangan.. Yang ada cuma gambar kami berdua yang bercanda di tepi sungai.. 
http://starlavenderluna.blogspot.my
Hubby punya kerja, katanya nak bergambar kat atas jambatan kecik tapi tak berapa nampak.. Nasib baik takde kereta lalu lalang...

http://starlavenderluna.blogspot.my
Konon-konon nak bergambar atas jambatan tapi tak nampak jugak.. hihi

http://starlavenderluna.blogspot.my
Romantika di sebelah sungai Batak Rabit.. 
Bila dah kenyang ingatkan boleh lah balik untuk berbaring tapi dah nama pun raya kan, pit stop seterusnya adalah di Taman Melor, Teluk Intan, rumah sepupu mak mertua.. Borak punya borak hingga tak sedar jarum jam telah mencecah pada pukul 1 pagi.. Masa nielah masing-masing baru rasa penat dan ingat pada rumah, hihihi..  Walaupun ianya amat memenatkan tapi bila dah berkumpul adik beradik dengan sanak saudara, memang seronok dan tak ingat pada masa, betul tak..? Itulah episod raya kedua kami... So next episod adalah sesi duduk di rumah sambil menunggu budak-budak datang beraya... Hihi kiranya hari raya ketiga kami semua tak ke mana-mana kecuali hubby ada mengajak beraya di rumah kawan-kawannya di Felda Sungai Klah.. 

Last episode beraya adalah kami pergi ke Baling, Kedah untuk bertemu dengan umi dan adik beradik hubby.. Saya akan perkenalkan siapa umi nie... Sebelum tue, saya nak citer sikit perjalanan kami ke sana..

Kali ini kami beraya agak jauh, iaitu di Baling Kedah.. Pada jam 6.30 pagi, kami bertolak daripada Sungkai menuju ke Kedah dan hanya kami berdua saja yang pergi.. Keluarga mertua tak dapat ikut serta kerana memenuhi jemputan raya kenalan masing-masing..  Sebenarnya umi nie adalah ibu tiri kepada hubby dan hubby mempunyai dua orang adik yang mempunyai talian satu darah dengan ayah tapi berlainan ibu.. So kiranya ini kali pertama saya berjumpa dengan mak mertua tiri dan adik keempat hubby yang bernama Azam... Manakala adik bongsu hubby yang bernama Najmi nie selalu kami bertemu di Salak Tinggi kerana dijaga oleh adik ipar umi merangkap mak sedara hubby.. Memandangkan hubby selalu bertemu dengan mereka di Baling, jadi hubby sememangnya mahir dengan selok belok jalan shortcut untuk ke Baling dengan memasuki tol Kuala Kangsar dan terus sampai ke destinasi yang dituju.. Kami singgah sebentar di bandar Kuala Kangsar untuk mengisi minyak dan kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Jalan Baling-Gerik.. Kami selamat sampai di Kampung Kuala Kuang pada pukul 10 pagi dan kami disambut meriah lantaran itulah kali pertama hubby membawa isterinya, hihihi...

Keluarga umi menyambut baik kehadiran kami dan kami dihidangkan dengan masakan nasi tomato beserta dengan ayam masak merah, jelatah, dan jugak buah-buahan.. Kami balik semula ke Sungkai pada jam 4 petang, pada mulanya umi memujuk hubby supaya bermalam di situ tapi disebabkan saya nak balik ke Salak Tinggi pada pagi esok, kami berdua menolak dengan lembut ajakan umi dan berjanji akan datang semula untuk bermalam di situ...

Dan bermulalah episod sapu roti dengan pelbagai jenis jem di highway Utara Selatan, kami sampai di rumah pada pukul 10 malam dan selepas membersihkan badan, kami berdua terus melelapkan mata akibat kepenatan...

Esoknya pada pukul 12 tengahari saya pun berangkat balik ke Salak Tinggi untuk meneruskan kehidupan demi membantu kewangan keluarga.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my
Masa nie kami sampai ke Bandar Kuala Kangsar untuk mengisi minyak..

http://starlavenderluna.blogspot.my
Pemandangan kawasan Grik...

http://starlavenderluna.blogspot.my
Keluarga kecil umi..
 Okey, saya nak citer sikit, yang berbaju kurung biru bertudung hijau itulah umi tiri hubby, yang berbaju blaus belang tue adalah adik ipar umi merangkap mak sedara hubby yang dipanggil mak sue... Budak lelaki yang berbaju merah duduk bersebelahan dengan hubby pulak adalah anak sulung umi, namanya Azam dan si kecik tue namanya Najmi.. 



http://starlavenderluna.blogspot.my
Bergambar kenangan dengan umi

So, itulah suasana hari raya saya di Perak.. 

8 comments

  1. Seronok dapat jalan2 jumpa kaum keluarga kan,.
    sambil beraya sambil bercuti...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya shikin. Maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  3. Jauhnya kak sampai ke Kedah haa! Bestnya jalan2. Siqah setakat Muar je perginya. Hehe.

    ReplyDelete
  4. adik aida, mak mertua nyer di Lenggong. dekat kan dgn grik?
    selalu jugak adik citer pasal grik.
    memang ke sana ada nampak view cantik sepanjang jalan.
    bukit semanggol... tu paling aida ingat.

    ReplyDelete
  5. Atotoo sweet sgt gambar atas jambatan tu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧