Assalamualaikum wbt..
Setiap pasangan ataupun seseorang mesti ada masalah sebab tanpanya hidup kita akan menjadi sunyi ataupun hilang semangat. Tapi adakalanya masalah ini menjadi penyeri dalam rumah tangga kita cuma janganlah biarkan masalah rumah tangga ini berpanjangan tanpa ada penyelesaian sebab bimbang masalah yang tak selesai nie boleh membawa keruntuhan rumah tangga..
Dalam kehidupan berumah tangga nie, hubungan suami isteri akan menjadi goyah bila ada sikap ataupun personaliti yang bermasalah sehingga mengundang kepada amalan cara hidup yang negatif, hati kita nie penuh dengan perasaan amarah dan dendam. Antara sikap-sikap negatif yang perlu dielakkan dalam rumah tangga adalah :
1) Terburu-buru
Ada di kalangan suami atau isteri yang bersikap terburu-buru mahupun hasil kejayaan yang cepat tanpa berfikir panjang mengenai baik atau buruk sesuatu tindakan. Suami atau isteri yang jenis ini adalah sangat lemah daripada segi kesabaran dan pengawalan diri.
2) Tiada matlamat yang jelas
Suami atau isteri yang mempunyai kecenderungan bagi memikirkan atau menyatakan tentang sesuatu tanpa berusaha mencari dan mengumpul maklumat tepat dan lengkap. Akibatnya mereka mudah terdedah kepada kehidupan berkeluarga yang membosankan.
3) Pentingkan diri sendiri
Ada suami atau isteri yang bersikap mementingkan diri sendiri, misalnya dari segi kewangan, makanan, kenderaan atau pakaian. Ia akan timbul krisis kepimpinan dan kewibawaan kepada tuan yang empunya diri.
4) Membandingkan dengan orang lain
Apabila suami atau isteri terlalu membanding potensi anak sendiri dengan anak-anak orang lain yang dikatakan lebih hebat, cemerlang, kuat dan terkenal, tanpa berfikir panjang secara adil dan rasional, maka akan menimbulkan isu anak hilang keyakinan diri dan rumah tangga menjadi tak bahagia. Jika keadaan ini berlaku, maka jadilah dia menjadi orang yang kebingungan, menekan dan punca kepada tekanan emosi kepada anak-anak mahupun pada pasangan masing-masing.
5) Tidak pandai membuat pilihan tepat
Kesukaran membuat pilihan atau keputusan adalah berpunca daripada kurang maklumat, kurang berilmu dan kurang pengalaman. Walhal, setiap cita-cita dan masalah mesti ditangani bermula dengan satu keputusan. Ada juga di kalangan suami atau isteri yang hidupnya bergantung dengan orang lain bagi membuat sesuatu keputusan. Misalnya soal pemilihan pakaian, makanan, barang keperluan rumah dan seumpamanya.
6) Salahkan orang lain dan takdir
Mengganggap diri masing-masing sempurna hingga menyalahkan orang lain sehingga sukar memperbetulkan kelemahan diri. Akibatnya, jika ada pasangan suami atau isteri yang bersikap sebegini, ia akan menyebabkan dirinya kelihatan tidak bertanggungjawab, tak matang, membosankan, takde kewibawaan dalam diri, seorang yang penakut dan tak cerdik.
7) Tiada matlamat hidup
Hidup suami atau isteri menjadi tak konsisten atau terumbang ambing kerana takde matlamat hidup. Apabila seseorang memiliki matlamat hidup, maka ia secara tak langsung akan menerbitkan nilai-nilai kendiri yang terpuji, misalnya menghargai masa, suka bekerja, sabar, berkarisam dan ada arah tujuan.
8) Sikap yang sentiasa berubah-ubah
Seseorang yang mempunyai sikap berubah-ubah akan kelihatan jiwa kacau. Ia boleh dilihat melalui ekspresi wajah yang sentiasa berkerut, tidak ceria, risau dan suram. Pandangan hidupnya akan menjadi kabur, mudah berasa bosan, dan sering mengalami krisis dalam keluarga.
9) Terlalu rigid
Di dalam rumah tangga, ada pasangan yang akan mudah marah sehingga sanggup mengamuk semata-mata contohnya, bantal di atas katil tak disusun dengan baik, pinggan mangkuk di dalam rak tak disusun mengikut saiz, susunan kasut dalam rak kasut tak disusun dengan baik ataupun berterabur, pemilihan warna langsir yang tak menepati seleranya dan sebagainya. Sikap yang terlalu rigid ataupun tegas tak bertempat dan ingin segala-galanya sempurna akan menjadikan seseorang itu sukar untuk dilayani dan digauli. Jika suami ataupun isteri mempunyai sikap sebegini, pasangannya perlu menjadi menghiburkan, mendamaikan dan sentiasa diperlukan oleh pasangan masing-masing walalu di mana dia berada.
10) Menilai pasangan dengan negatif
7 hari setiap hari kita tinggal sebumbung, barulah kita ketahui sikap pasangan masing-masing. Mungkin kita akan terkejut dengan sikap pasangan yang berpegang pada nilai suka kepada keadaan tandas yang kotor, bilik tidur yang berwarna gelap, meninggalkan najis di dalam tandas tanpa dipam, suka berdebat, suka cari gaduh dengan jiran, suka bercakap besar, tak suka untuk mendengar pandangan orang lain dan seumpamanya. Sikap inilah menjadi punca adanya pasangan yang bercerai setelah baru sebulan atau setahun ataupun sepuluh tahun berkahwin. Ia bergantung kepada sejauh mana tahap kesabaran dan daya tindak balas pasangan untuk membina dan menyelamatkan perkahwinan yang dibina.
11) Tidak pandai berkomunikasi dengan pasangan
Komunikasi berkesan bertitik tolak daripada sahsiah seseorang. Adapun nasib seseorang tak sama dalam bab jodoh, kerjaya dan rezeki. Namun, setiap kelemahan sikap seseorang pasangan boleh diubah dengan melalui proses pendidikan, pengaruh teladan, persekitaran dan niat diri sendiri untuk berubah kepada yang lebih baik.
12) Sikap buruk sangka
Banyak masalah dalam keluarga berpunca daripada sikap pasangan masing-masing yang mungkin suka berprasangka buruk, suka lempar salah secara melulu, dan tak sabar dalam menyelesaikan satu-satu masalah yang dihadapi dalam proses untuk membina keluarga yang bahagia. Misalnya, sikap seorang isteri yang suka bersangka buruk pada suaminya yang balik lewat daripada kerja, suka memeriksa telefon bimbit suami tanpa pengetahuannya dan sebagainya. Ada juga tingkah laku yang menimbulkan masalah dalam rumah tangga yang lain seperti sikap suka membazir, pengotor, malas untuk membantu @ membuat kerja rumah, terlalu kuat membebel dan suka memandang rendah pada kemampuan pasangan masing-masing.
13) Sukar untuk menerima kelemahan diri
Sikap suami atau isteri yang tak mahu menerima kekurangan dan kelemahan diri sendiri menyebabkan dia sukar untuk berubah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Tak mustahil pada masa depan sikap ini akan menimbulkan krisis komunikasi di antara mereka kelak.
14) Kurang kreatif dalam hubungan
Setiap pasangan suami atau isteri harus menjadi kreatif bagi mengukuh ikatan kasih sayang demi membina institusi sebuah keluarga yang bahagia. Contohnya berikanlah hadiah istimewa yang tak disangka oleh pasangan ataupun buat kejutan pada pasangan pada hari-hari yang penting seperti hari perkahwinan ataupun hari lahir pasangan itu.
15) Suka ungkit kisah lama
Apabila pasangan suami atau isteri itu dah berubah untuk menjadi lebih baik, maka jika ada pertengkaran, janganlah pula kita mengungkit perangai silamnya. Sikap suami atau isteri yang suka mengungkit kesilapan yang lalu akan menyebabkan pasangan menjadi rendah diri, hilang kepercayaan pada diri sendiri, mungkin jugak ada perasaan kecewa dan berdendam akibat sakit hati.
Jadi, suami isteri harus elakkan sikap sebegini demi membina sebuah keluarga yang bahagia. Warna-warna kehidupan berumah tangga akan menjadi pudar jika disirami dengan perkataan ataupun kata-kata negatif yang mengundang rasa sedih, meluat, kecewa, terkilan dan sebagainya.
great sharing
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletebetul tu! kita perlu tahu apa punca2nya barulah boleh baiki supaya perhubungan jadi lebih baik
ReplyDeleteTq 4 shring kak..leh jd pnduan utk msa dpn nie😊
ReplyDeletebanyaknya.. kena tengok dan perlu perbaiki gak ni..
ReplyDeleteBerubah sebelum terlambat.
ReplyDeleteSama sama bertolak ansur sesuatu hal :)
Singgah sini dan follow
#BloggerPantaiTimur
akukaudansesuatu.blogspot.com
Tq for sharing kakak ku yg cantik manis <3
ReplyDeleteSikap-sikap nie semua patut dibuang bila berumah tangga...
ReplyDeletehudup berpasangan ni perlu ada toleransi ...
ReplyDeleteSebab Tu kena Ada give and take Dalam berumahtangga kan
ReplyDeleteBaca satu persatu point di atas ni buat ju checking diri ju dengan lebih dalam.. sgt bmanfaat perkongsian sis .. insyallah akan perbaiki mana yg kurg utk persefahaman yg lebih dgn pasangan masing masing =')
ReplyDeletehuhuhu sangat complicated.. :(
ReplyDeletesedangkan lidah lagi kan tergigit kan, shikin.
ReplyDeleteni kan plak kita laki bini :)