Assalamualaikum wbt..
Salam zohor dan selamat menjamu selera untuk hidangan tengahari.. Selalunya kan, bila nasi sejuk kita akan membuat nasi goreng.. Pelbagai hidangan nasi goreng boleh dibuat seperti nasi goreng pattaya ke nasi goreng kampung ke ataupun nasi goreng cili api...
Tapi awak tau tak ada cara lain lagi untuk menvariasikan lagi nasi sejuk nie... Nak tahu apakah cara lain.. Jom.. Nanti boleh la try, so takdelah family dok mengadap nasi goreng jea kan.. hihi
1) Roti nasi
Bagi sesiapa yang suka membuat roti, boleh cuba dengan resipi roti nasi. Bahan-bahannya lebih kurang sama seperti roti biasa. Ada yis, air suam, gula, susu pekat, tepung gandum, planta namun ada pertambahan sikit dalam ramuan nie, iaitu sedikit kisaran nasi di dalamnya. Campurkan semua bahan menjadi adunan dan rehatkan seketika adunan sebelum dibentuk mengikut cita rasa. Roti ini sangat gebu dan enak, sesuai sangat untuk dinikmati bersama jem dan kaya ataupun dicicah dengan air kopi..
2) Apam
Ini satu lagi hidangan yang boleh dicuba dengan menggunakan nasi sejuk. Ada yang dipanggil orang sebagai apam beras tapi ada juga orang panggil dia apam nasi. Sebenarnya kedua-dua nama nie merujuk kepada hidangan yang sama. Bahan-bahannya seperti nasi sejuk, air, gula pasir, yis , tepung beras dan tepung gandum. Campur kesemua bahan dan kacau untuk menjadi adunan dan perap adunan nie seketika. Kemudian bolehlah dikukus dalam acuan apam.
3) Bubur
Lebihan nasi juga boleh dijadikan bubur untuk sarapan. Hanya perlu masukkan nasi sejuk dengan air ke dalam periuk dan masak seperti biasa sehingga nasi menjadi hancur. Nikmatinya bersama dengan hidangan yang lain seperti telur itik yang direbus ataupun bersama dengan daging bakar.
4) Bahan salutan
Jangan tak percaya nasi sejuk juga boleh diubah menjadi serbuk salutan ala-ala serbuk roti. Cara yang perl awak buat adalah, keringkan nasi di bawah sinaran matahari sehingga betul-betul kering dan keras. Setelah itu, pecahkan kepingan nasi kering tadi dan masukkan ke dalam mesin pengisar rempah. Kisar sehingga halus dan simpan di dalam bekas kedap udara. Bahan salutan ini sesuai digunakan untuk menyalut ayam goreng, makanan laut dan sebagainya.
5) Keropok
Cara penghasilannya adalah sama seperti bahan salutan tadi. Anda perlu meletakkan lebihan nasi di dalam dulang, lerai dan mampatkan menjadi seperti kepingan nipis. Jemur di bawah sinaran matahari terik sehingga kering. Untuk menikmatinya, goreng di dalam minyak yang panas sehingga kembang. Tapi jika nasi yang dijemur tue tak betul² kering, keropok nie takkan mendapat hasil seperti yang diinginkan.
6) Lempeng
Makanan yang mudah dan biasa kita buat. Selalunya lempeng ditambah dengan pisang ataupun kelapa. Apa kata kita ubah cara tradisional nie, dengan memasukkan lebihan nasi yang telah dikisar halus dan adun seperti biasa. Awak hanya perlukan nasi sejuk, tepung gandum, air, garam dan minyak untuk menggoreng. Adun dan masak seperti biasa. Sedap tau dimakan dengan sambal tumis ataupun kari..
Selamat mencuba!
bila sebut apam..haiihh.Acuan aje beli..dari tahun lepas..tak terbuat...selalu SA buat nasi goreng aje.Itu pon kalo tak basi la kan
ReplyDeletebila baca tajuk entry terus terfikir nasi goreng hehe taksangka pulak boleh buat macam macam lagi
ReplyDeleteBuat cekodok pun boleh.. hehehe
ReplyDelete7. Buat jemput2 nasi pun sodap
ReplyDeleteSeriously baru tahu kegunaan nasi sejuk ni Shikin.. LZ ingat bila tak habis makan dibiarkan basi tapi tak sangka masih boleh dipelbagaikan lagi..
ReplyDeleteGood info.. 😍
Banyak gunanya nasi sejuk ni..drpd mbzir mcm tu je kan kak
ReplyDeletewow tak tahu pulak boleh buat bahan salutan dengan keropok!
ReplyDeletehehehe tak sangka boleh buat semua ni.. biasa nasik sejuk kasi goreng aje sama dia.. hiks .
ReplyDeletetula biasa nasi ni esok buat nasi goreng je..hehe.. nasibla suami suka sgt nasi goreng campak2.haha
ReplyDeletesaya kalau ada nasi sejuk, buat lempeng atau nasi goreng jer ...
ReplyDeleteEloklah Ada list ni. Xdelah membazir nasi Yang tinggal Tu. Nak bg ayam makan kl susah Cari ayam Pula. So, recycle la jln terbaik
ReplyDeleteSeries ju xpernah thu boleh buat menu lain lagi dengan nasi yang sejuk. Selalu ju goreng shja.. Allahu =D
ReplyDeletenais goreng :) terbaik tersedap dgn nasi sejuk, kin.
ReplyDeleteyg lain aida x pernah guna semula.
maklum ler. tak pandai masak :) hi hi hi...