Fesyen ideal buat pengantin berhijab

Monday, September 11, 2017



Assalamualaikum wbt..
Bila musim cuti sekolah ataupun kita meraikan cuti umum yang panjang, pasti akan ada jemputan majlis perkahwinan, samada daripada keluarga, sedara mara ataupun rakan taulan, ataupun kita sendiri yang menjadi pengantinnya... Dan sebagai seorang pengantin baru, pasti kita ingin tampil cantik dan menawan di majlis perkahwinan kita, betul tak..?

Tapi, sebagai seorang wanita terutama yang berhijab, kita akan berasa risau dan pening bila memikirkan busana pengantin yang paling ideal kerana ianya perlu mengekalkan kesopanan dan yang paling penting mesti berlandaskan syariat Islam... 

Jadi, apakah kriteria fesyen yang paling ideal untuk pengantin berhijab.. Jom kita selidikinya...

 Pemilihan fabrik - Pastikan fabrik yang dipilih tak terlalu nipis sehingga menampakkan susuk tubuh. Seelok-eloknya busana pengantin perlulah mempunyai lapisan dalam (inner) agar penampilan kita sopan dan sempurna. Awak perlu bijak memilih fabrik yang tak melekat pada tubuh.

 Jenis potongan - Pilih potongan busana yang longgar dan tak terlalu ketat. Potongan sheath dan empire line adalah antara potongan yang ideal untuk pengantin berhijab kerana ia boleh menampilkan siluet polos dan memberikan keselesaan.

Pemilihan rona - Awak perlu mengelakkan daripada memilih rona yang terlalu menonjol dan terang. Bagi mencipta kesan sopan dan ayu, pilihlah rona pastel seperti biru cair, ungu lembut, merah jambu lembut, krim dan sebagainya.

Perincian busana - Awak perlu pastikan perincian pada busana agar ianya tak terlalu sarat dengan hiasan. Hiasan yang ringan dan ringkas bakal memberi impak eksklusif. Awak juga dinasihatkan agar memilih rona perincian yang senada dengan rona busana. Cukup sekadar tertumpu di satu bahagian saja, agar penampilan awak lebih sederhana dan seimbang.

Tudung bersesuaian - Pilihlah tudung yang ringkas dan polos agar awak tampak elegan. Jika ingin memilih tudung dengan perincian, cukup sekadar yang minimalis dan tak keterlaluan. Awak boleh memilih  tudung jenis sifon dan como crepe  kerana ia memudahkan gaya lilitan, selain ia tampak lebih terletak dan kemas.

Jadi, sekarang nie dah takde alasan lagi kan untuk menjadi seorang muslimah yang diredhai dan semoga dengan majlis perkahwinan kita tue akan menjadi lebih berkat lagi..

5 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧