Assalamualaikum wbt...
Stres ataupun tekanan perasaan, sesiapapun tak kira tua ataupun muda, dewasa ataupun kanak-kanak akan mengalaminya.. Cuma apa yang kita alami tue samada berat ataupun ringan.. Ketika kita sedang mengalami stres, kita memerlukan rangsangan pada pancaindera untuk menimbulkan rasa lebih santai dan menenangkan. Mengambil ubat-ubatan bukanlah jalan yang mudah untuk menghilangkan stres, malah jika salah ambik ubat, sebenarnya ianya boleh menambahkan stres dalam diri kita..
Contoh rangsangan pada pancaindera yang boleh kita lakukan adalah mengambil makanan yang manis, melihat sesuatu yang mendamaikan ataupun mencium bauan aroma.. Salah satu ubat yang boleh menghilangkan stres adalah aromaterapi yang dipercayai mempunyai banyak faedah yang bukan saja menenangkan, malah ianya dapat menyegarkan kita dan fikiran menjadi tenang. Ada satu kajian yang dah dibuat mendapati aromaterapi mempunyai kesan pada gelombang otak dan bauan dari aromaterapi nie dapat mengurangkan perilaku agresif seseorang..
Ada beberapa bauan aromaterapi yang boleh awak pilih dan ianya dah semestinya daripada alam semula jadi.. Antaranya :-
Lavender - Bukan saja dapat menghalau nyamuk, tetapi bau lavender nie boleh membuatkan perasaan kita menjadi lebih tenang. Salah satu penelitian menunjukkan wangian ini memberi kesan relaks pada seseorang. Malahan, ianya dapat menenangkan bayi dan sesuai digunakan pada waktu malam ketika ingin tidur. Aroma lavender ini dikatakan mampu membantu meredakan sakit kepala, insomnia, depresi dan mengembalikan semangat selepas seharian bekerja.
Rosemary - Aroma ini berkait rapat dengan perasaan bahagia dan mampu menurunkan kadar kortisol. Ia terbukti mempengaruhi prestasi dan suasana hari. Jadi ianya sesuai untuk digunakan di tempat kerja.
Chamomile - Bunga ini terkenal sebagai aromatik yang mampu menenangkan. Ia juga banyak digunakan sebagai minyak wangi ataupun campuran minuman, contohnya dalam teh..
Bunga Kemboja - Bunga ini mempunyai aroma yang segar dan tenang. Kebanyakan wangian ini digunakan di dalam spa dan sesuai dijadikan aroma untuk lulur.
Coklat - Apabila mencium wangian coklat, kita seolah-olah ingin memakannya. Sebab itulah aroma coklat mampu menenangkan. Bahkan, pengambilan coklat yang agak pahit dapat membantu awak untuk menjadi lebih tenang dan selesa untuk relaks..
Lemon - Aroma ini amat segar dan mampu memberikan kesan anti depresi. Selain itu, ia juga dapat memperbaiki mood menjadi lebih baik.
Serai - Biasanya serai digunakan untuk masakan dan kerap jugak digunakan untuk anti-bakteria.Aroma herba campuran serai dengan tanaman herba yang lain boleh membantu memberikan terapi selepas seharian sibuk bekerja.
Melati - Ia adalah bunga yang harum dan mampu meningkatkan keyakinan dan rasa percaya pada diri sehingga merapatkan hubungan dan menguatkan perasaan cinta dengan pasangan kita. Aroma bunga melati mampu merangsang otak untuk menjadi lebih tenang.
Mawar - Ia turut dikaitkan sebagai simbol cinta. Tenaga yang dimiliki oleh mawar ini menguatkan rasa cinta dan haruman mawar berfungsi membersihkan tenaga negatif dan racun dalam badan.
Anggerik - Selain ianya cantik, bunga ini mempunyai wangian yang semerbak dan sesuai diletakkan di dalam bilik tidur. Ini kerana ia membantu mengimbangkan tenaga ketika kita tidur. Malah, bunga anggerik mengutamakan rasa cinta dan romantik di dalam rumah.
Bunga anggerik cantiklah.sesuai lah letak dlm bilik tidur rabia.
ReplyDeleteAromatik memang best...suka gak letak dlm bilik..hilangkan penat dan stress..
ReplyDeletearometerapi paling sesuai gantikan ubat... Wangi....
ReplyDeleteLavender :)
ReplyDeleteAgree sgt. Time blaja dlu stress sapu je perfume kt badan ckit..wangian mmg terapi yg terbaik
ReplyDeleteWangi2an yang kita suka akan menghilangkan stress.
ReplyDeletewangi2an yang kita tak suka akan menambahkan stress
Btl.. aroma satu terapi minda yang baik dlm mbnatu mhilangkan stress =) d ruma ju guna wangian lavendar =D
ReplyDeletekebetulan tengah stresssss ni.. leh try nanti.. coklat tu paling best.. hehe
ReplyDeleteLavender dan coklat tu menarik!
ReplyDeletesha selalunguna lavender punya minyak 😁 wangi sangat! dan menenangkan
ReplyDeleteada member aida sorang tu jual minyak healing gini.
ReplyDeleteapa ntah nama brand nyer.
nanti kalau kewangan ok, aida mcm nak beli dgn dia.
Sha suka bau chamomile dengan lemon.. memang best..
ReplyDelete